Peminat Kedah risau persediaan Kedah berdepan cabaran Piala AFC?
Peminat Kedah risau persediaan Kedah berdepan cabaran Piala AFC?

Peminat Kedah risau persediaan Kedah berdepan cabaran Piala AFC?

Seperti yang kita ketahui, pasukan Kedah Darul Aman FC (KDAFC) akan membawa nama Malaysia beraksi di pentas Piala AFC Jun nanti bersama-sama satu lagi kelab Liga Super, Kuala Lumpur City (KL City).

Namun melihat dari segi prestasi semasa pasukan KDAFC, ternyata banyak kerja rumah perlu dilakukan untuk menambah baik pasukan selepas melihat pasukan ini mempamerkan aksi yo-yo dalam saingan Liga Super.

Bekas tonggak pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali (Kiri).

Pasukan gergasi dari utara semenanjung ini bukanlah pasukan yang biasa-biasa walaupun mereka kehilangan tonggak utama pasukan seperti Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali musim ini.

Nyata peminat amat kecewa dengan aksi longlai dipamerkan pasukan setelah 2 kali telah bolos dengan jaringan sebanyak 4 gol sekali gus meragut peluang Kedah untuk memintas takhta liga super dari JDT buat sementara.

Baca Juga : Aidil akui tidak dapat terima aksi longlai Kedah DA FC

Carta Liga Super Malaysia 2022 selepas 6 perlawanan, Kedah menduduki tangga Ketiga.

Namun begitu, prestasi mereka musim ini sangat merisaukan walaupun kini mereka berada di tangga ketiga Liga Super. Sehingga kini, KDAFC sudah melalui 6 perlawanan liga dan mereka sudah dibolosi 11 gol.

Kekalahan besar ini nyata sukar diterima oleh peminat pasukan dimana mereka bimbang dengan peluang Kedah yang akan beraksi dalam saingan Piala AFC yang akan bermula pada bulan Jun ini.

Memetik Laporan MakanBola, Rekod bolos 11 gol kini menjadikan mereka pasukan kedua yang paling banyak bolos selepas Sarawak United (12 gol bolos).

Mungkin pengendali pasukan KDAFC, Aidil Shahrin Sahak mempunyai cara tersendiri untuk memperbaiki prestasi pasukan yang dilihat tidak konsisten sejak kebelakangan ini. KDAFC bakal berlepas ke Bali pada Jun nanti untuk membawa nama Malaysia beraksi di pentas Piala AFC.

KDAFC berada dalam kumpulan G bersama-sama tiga lagi kelab lain, Bali United (Indonesia) selaku tuan rumah, Kaya FC (Filipina) dan Visakha FC (Kemboja). Semoga KDAFC berjaya mencipta sesuatu di kejohanan tersebut demi nama Malaysia tercinta.

Baca Juga : Pemain muda Kedah lama ÔÇśdiperamÔÇÖ punca aksi Sabah-Kedah ÔÇśceroiÔÇÖ?

(Visited 647 times, 1 visits today)

COMMENTS