Pemuda PAS mula pening, rayu penyokong PH sokong PAS jatuhkan BN
Pemuda PAS mula pening, rayu penyokong PH sokong PAS jatuhkan BN

Pemuda PAS mula pening, rayu penyokong PH sokong PAS jatuhkan BN

PAS secara terbuka dilihat mulakan langkah untuk menawan Pahang selepas berjaya menguasai Kelantan dan Terengganu melalui pilihan raya umum (PRU) lalu, selain Kedah selepas Langkah Sheraton.

‘Gerakan’ tersebut dizahirkan melalui Pemuda PAS yang melihat potensi untuk parti itu menguasai negeri di Pantai Timur.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Fadhli Shaari, berkata partinya itu berpotensi menawan negeri Darul Makmur jika kena pada kaedah dan pendekatannya.

Malah dalam usaha menawan Pahang itu, dia menyeru supaya penyokong-penyokong Pakatan Harapan (PH) supaya berfikir sejenak untuk melihat betapa pentingnya mengubah kepimpinan negeri terbabit.

“Hari ini PAS menang lapan kerusi dewan undangan negeri (DUN) daripada 42 kerusi Pahang dalam PRU ke-14. BN (menang) 25 kerusi manakala PH sembilan kerusi.

“Dalam PRU yang akan datang jika penyokong-penyokong PH dapat berfikir sejenak betapa pentingnya mengubah kepimpinan Pahang, insya-Allah PAS ada peluang untuk menang atau setidak-tidaknya menjadi pemegang ‘syer’ paling besar dalam pembentukan kerajaan Pahang,” katanya.

Untuk menegaskan hujahnya Ahmad Fadhli memberikan contoh DUN Pulau Tawar yang menyaksikan calon PAS kalah kepada Umno-BN dengan hanya perbezaan 587 undi pada 2018.

Dalam keadaan begitu, kata ahli parlimen Pasir Mas berkenaan, sangat rugi undi PH “dibazirkan” untuk memenangkan BN.

“Jika beramai-ramai pengundi mereka (PH) memberikan undi kepada PAS, PAS boleh memenangi DUN Pulau Tawar,” katanya.

Dalam PRU ke-14 PAS memenangi lapan kerusi DUN iaitu Tahan, Damak, Beserah, Tanjung Lumpur, Panching, Luit, Chenor dan Jengka.

Kenyataan ketua Pemuda Perikatan Nasional itu dijangka akan mendapat reaksi balas daripada Umno-BN di sebalik hubungan baik yang pernah terjalin di antara kedua-dua parti sebelum ini.

Untuk rekod dalam keadaan hubungan PAS-Umno yang kian menegang, ada pihak tertentu di dalam – dan luar – parti itu sedang cuba memulihkan kerjasama yang dijalin melalui Muafakat Nasional.

(Visited 431 times, 1 visits today)

COMMENTS