Penduduk mahu saman pencetus PUI Sivagangga RM 1 juta
Penduduk mahu saman pencetus PUI Sivagangga RM 1 juta

Penduduk mahu saman pencetus PUI Sivagangga RM 1 juta

ALOR SETAR: Penduduk dan pemilik kedai di Napoh akan memfailkan saman RM1 juta terhadap pemilik restoran Nasi Kandar Salleh minggu hadapan bagi menuntut kerugian yang dialami selepas mencetuskan kluster PUI Sivagangga.

Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) Mohamad Yusrizal Yusoff, berkata tuntutan saman itu dibuat berdasarkan nasihat peguam bagi memberi pengajaran kepada semua orang supaya tidak sewenang-wenangnya melanggar arahan kuarantin sehingga menyebabkan virus COVID-19 merebak.

“Sehingga semalam, kami berjaya mengumpul 100 penduduk dan peniaga termasuk enam badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu memfailkan saman kepada pemilik restoran Nasi Kandar Salleh.

“Dijangka hari ini akan 50 penduduk lagi akan berbuat demikian menerusi nasihat guaman

Zunun and Co yang menawarkan perkhidmatan secara percuma,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Yusrizal berkata, sehingga kini penularan kluster PUI Sivagangga menyebabkan penduduk dan peniaga yang terjejas kerugian RM14,000 seorang.

“Kami kini dalam proses mengumpul maklumat peribadi penduduk. Tindakan ini perlu diambil kerana penduduk mengalami tekanan bukan saja kerugian tetapi ada yang terasa dipulaukan malah orang luar tidak berani nak berkawan malah tidak boleh keluar bekerja.

“Ramai yang sudah kehabisan wang simpanan, baru saja hendak mula bekerja susulan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekarang pendapatan terjejas lagi,” katanya.

Semalam, BH melaporkan CAKE mengetuai NGO bersama penduduk dan peniaga pekan Napoh akan memfailkan saman bersama terhadap pemilik Restoran Salleh, Nezar Mohamed Sabur Batcha yang ingkar kuarantin di rumah (HSO) selepas pulang dari India.

Nezar Mohamed juga sudah dijatuhkan hukuman denda RM12,000 dan penjara lima bulan oleh mahkamah di Alor Setar, semalam selepas mengaku bersalah tidak mematuhi perintah pengawasan dan pemerhatian pada bulan lalu.

Sumber: Berita Harian

(Visited 1 times, 1 visits today)

COMMENTS