Penduduk Pangsapuri Sg Baru perlu kosongkan rumah selepas Ramadan
Penduduk Pangsapuri Sg Baru perlu kosongkan rumah selepas Ramadan

Penduduk Pangsapuri Sg Baru perlu kosongkan rumah selepas Ramadan

Menteri Wilayah Persekutuan, Shahidan Kassim memberi jaminan tiada pengusiran penduduk Pangsapuri Sungai Baru di Kuala Lumpur ketika bulan Ramadan ini, sebaliknya Penduduk Pangsapuri Sg Baru perlu kosongkan rumah selepas Ramadan.

Shahidan berkata rundingan dengan penduduk akan diteruskan bagi mencari titik penyelesaian berhubung kemelut itu.

“Tidak, siapa kata kena pindah bulan Ramadan? Tidak. Ini adalah tafsiaran yang dikeluarkan pelbagai pihak, jadi kena ingat dalam Islam ini benda yang tak benar disebarkan hukumnya haram, tak baik.

“Termasuk pemberita yang menyebarkan berita tanpa melihat surat. Itu surat makluman bukan notis. Tidak akan berlaku perpindahan dalam bulan puasa, tidak mungkin berlaku.

ARTIKEL MENARIK : JKR jawab jeti kayu berharga RM50000 sebab guna kayu belian

“Mana mungkin kita keluarkan notis suruh mereka pindah sebelum raya,” katanya kepada media di Putrajaya, malam ini.

Penduduk Pangsapuri Sg Baru perlu kosongkan rumah selepas Ramadan

Shahidan ditemui pada Nur Ramadan bagi meraikan sukarelawan misi bantuan banjir.

Kelmarin, Malaysiakini melaporkan penduduk Pangsapuri Sungai Baru terkejut selepas menerima Borang K (notis pengosongan rumah).

Ketika dihubungi, seorang wakil penduduk berkata ada antara mereka yang masih belum menerima pampasan sepenuhnya tetapi masih diminta untuk mengosongkan rumah.

ARTIKEL MENARIK : MBAS halang peniaga berniaga, dua Adun terjah Pasar Pagi Peremba

“Penduduk flat Sungai Baru dimaklumkan mengenai Borang K pada 22 Mac. Tapi, sebenarnya, borang itu sampai ke tangan penduduk pada 1 April.

“Masalahnya, bila penduduk menerima notis 1 April hanya tiga hari sebelum nak puasa.

“Adakah patut surat ini dikeluarkan pada waktu penduduk menyambut Ramadan?” Soal wakil itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ibrahim.

Mengulas lanjut, Shahidan berkata tiada sebarang notis arahan perpindahan dikeluarkan, sebaliknya cuma pengeluaran surat berhubung pengambilan tanah oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Katanya, rundingan antara pemaju dan penduduk akan berlangsung esok bagi memboleh kerjasama dapat dibentuk bagi menyelesaikan isu berkenaan.

“Yang keluarkan surat PTG, semua pengambilan tanah libatkan PTG. Mereka keluarkan surat bukan notis.

“Mereka penduduk Wilayah (Persekutuan), kita teruskan rundingan dengan pemaju dan penduduk.

“Esok ada pertemuan antara pemaju dan penduduk,” kata Shahidan lagi.

Sementara itu, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) pada satu kenyataan hari ini berkata Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) selaku pemegang hak kepada rumah flat “tiada halangan dan membenarkan bekas pemilik untuk terus mendiami rumah flat yang terlibat sehingga 31 Julai 2022.”

ARTIKEL MENARIK : Hina Nabi Muhammad, pemilik akaun FB ‘Uthaya Sankar SB’ disiasat polis

“PKB akan mengeluarkan surat kebenaran kepada bekas pemilik yang terlibat selepas Borang K dikeluarkan oleh JKPTG,” katanya.

Menurut JKPTG, pengambilan tanah bagi projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru telah diwartakan bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) pada 21 Jun 2021.

“Pengambilan ini membabitkan 72 unit rumah flat, 37 unit rumah teres dan 1 lot pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Bayaran pampasan rumah flat mula dibayar secara berperingkat pada Februari 2022. Pampasan dibayar dalam lingkungan RM198,000.00 hingga RM350,000.00 mengikut prinsip Jadual Pertama, APT 1960.

“Mana-mana pemilik rumah yang tidak berpuas hati dengan award Pentadbir Tanah bolehlah mengemukakan bantahan melalui Borang N APT 1960 dalam tempoh 42 hari dari tarikh award.

“Setelah bayaran pampasan dibayar kepada pihak berkepentingan, JKPTG pada Mac 2022 telah mengeluarkan Borang K (Notis Bahawa Milikan Tanah/ Peletakhakkan Petak Telah Diambil) diiringi dengan surat iringan,” jelas jabatan itu.

Kata JKPTG lagi, pengeluaran surat iringan ini adalah satu prosedur standard dalam proses pengambilan tanah bagi memaklumkan bahawa rumah flat diletakhakkan kepada PKB.

(Visited 403 times, 1 visits today)

COMMENTS