Penerima dos lengkap 4 jenis Vaksin ini dapat "green light" ke UK.. Malaysia antara 17 negara tersenarai
Penerima dos lengkap 4 jenis Vaksin ini dapat “green light” ke UK.. Malaysia antara 17 negara tersenarai

Penerima dos lengkap 4 jenis Vaksin ini dapat “green light” ke UK.. Malaysia antara 17 negara tersenarai

BERITA baik buat kaki travel! Kerajaan United Kingdom mengumumkan kelonggaran besar bagi mereka yang sudah mendapat vaksinasi penuh Covid-19 untuk mask dan keluar dari England. Menerusi laman web rasminya menjelaskan peraturan perjalanan antarabangsa ke England yang sebelum ini dilabel mengikut sistem warna lampu isyarat – merah, kuning dan hijau kini ditukarkan menjadi satu bermula 4 Oktober ini.

Sistem baharu it juga akan mempermudahkan pihak berkuasa mengenal pasti kemasukan pelancong dari seluruh dunia.Malaysia termasuk dalam senarai 17 negara yang diiktiraf untuk mask ke England.Bagaimanapun penerima vaksin lengkap AstraZeneca, Pfizer, Modeerna atau Janssen dibenarkan masuk ke negara it termasuk campuran dua dos mana-mana jenama Itu.

Antara 17 negara dalam senarai itu termasuk Jepun, New Zealand dan Singapura.Kesemua yang masuk ke negara itu juga tidak perlu melakukan ujian PCR sebelum berlepas.Pengunjung hanya perlu menempah dan membayar ujian Covid-19 yang perlu dilakukan pada hari kedua selepas tiba di England selain melakukan kuarantin kendiri selama 10 hari.

Sementara itu, bagi yang gagal mengemukakan bukti sudah lengkap menerima vaksin perlu mengikuti peraturan sedia ada berhubung kemasukan tapa vaksin. Ujian yang perlu dilakukan termasuklah PCR sebelum berlepas, ujian Covid-19 pada hari kedua dan kelapan selain kuarantin kendiri selama 10 hari selepas ketibaan.Semua pelancong juga diminta untuk mengisi borang pengesan diri dalam tempoh 48 jam sebelum tiba di England.Negara yang dimasukkan dalam senarai merah adalah Cuba,Indonesia,Myanmar,Pakistan, Filipina,Thailand danVenezuela.Pelancong dari negara senarai merah in bagaimanapun perlu melalui peraturan perjalanan lebih ketat.

(Visited 9 times, 1 visits today)

COMMENTS