Pengarah beri Sharul Kamal peluang bawa watak utama dalam filem 'SERATUS'
Pengarah beri Sharul Kamal peluang bawa watak utama dalam filem ‘SERATUS’

Pengarah beri Sharul Kamal peluang bawa watak utama dalam filem ‘SERATUS’

YAKIN bakat dan potensi Sharul Kamal, pengarah dan penerbit iaitu Feroz Kader memberi peluang kepada penyanyi itu membawa watak utama dalam filem terbaharu arahannya berjudul SERATUS.

Menurut Feroz atau nama sebenarnya Mohd Feroz Abd Kader Sahib, Sharul dilihat mampu menjayakan karakter itu dengan baik dan merupakan salah seorang anak seni yang berpotensi untuk menyinar dalam industri lakonan.

“Secara peribadi, sebelum ini saya pernah menjalani penggambaran bersama Shahrul dan dia banyak memegang watak sebagai pelakon pembantu.

“Setiap kali saya lihat lakonannya, saya nampak bakat yang ada pada Shahrul, cuma dia masih belum dapat diketengahkan sebagai pelakon utama,” katanya.

Shahrul Kamal turut menjadi pelantun suara bagi lagu tema filem SERATUS yang berjudul Bunga Terindah.

Pengarah ini juga berkata, dia tidak memerlukan seorang pelakon yang mempunyai nama besar kerana filem arahannya itu sudah mempunyai 99 orang pelakon.

Apa yang lebih penting, watak yang diberikan kepada Sharul bertepatan dengan karakter yang bakal dibawa iaitu pekerja penghantar makanan.

“Cerita ini pun memang sesuai untuk Sharul.

“Contohnya kalau kita ambil Remy Ishak, tak kena dengan watak utama kerana peranan ini digambarkan seorang lelaki yang simple, budak ‘Grab’.

“Tapi untuk membantu Sharul, kita ada 99 orang lagi pelakon yang terdiri daripada nama-nama besar dalam industri,” ujar Feroz ketika ditemui semasa pelancaran lagu tema filem SERATUS.

Antara barisan pelakon dalam filem SERATUS.

Selain memegang peranan utama dalam filem, Sharul Kamal juga merupakan penyanyi bagi lagu tema filem SERATUS berjudul Bunga Terindah.

Filem SERATUS bakal ditayangkan di pawagam pada 6 Oktober 2022.

Filem ini menampilkan barisan 100 pelakon tanah air antaranya Sara Ali, Fauzi Nawawi, Marisa Yasmin, Fify Azmi, Hafeez Mikail, Wan Hanafi Su, Riz Amin dan Pablo Amirul.

(Visited 132 times, 1 visits today)

COMMENTS