
Pengeluaran Khas KWSP: 3 golongan ini saja yang layak
Hanya tiga golongan yang betul-betul layak dan dibenarkan untuk mohon Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Memetik petikan infografik terkini KWSP, golongan pertama adalah melibatkan ahli-ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun.
Di samping itu, golongan kedua pula melibatkan pemohon yang terdiri daripada kategori warganegara dan bukan warganegara termasuklah pemastautin tetap atau penduduk tetap.
Manakala bagi golongan ketiga, hanya ahli yang mempunyai baki atau jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP sahaja yang dibenarkan membuat pengeluaran itu.

Pejabat KWSP
Semak empat perkara sebelum membuat permohonan pengeluaran khas
Selain itu, orang ramai perlu menyemak beberapa perkara penting terlebih dahulu bagi melancarkan urusan permohonan.
Anda perlu memastikan nombor telefon bimbit terkini telah berdaftar dengan KWSP dan seterusnya menyemak baki simpanan KWSP.
Tidak cuma itu, nombor akaun bank juga perlu dipastikan berada dalam keadaan aktif sama ada bagi akaun simpanan atau semasa.
Paling penting, anda haruslah memastikan akaun KWSP itu adalah di atas nama ahli sendiri dan bukan akaun bersama atau akaun syarikat.
Baca Juga :
Terkini!! Pengeluaran KWSP Boleh Dibuat Menerusi Portal ini