PENGHANTAR MAKANAN PERLU MENDAFTAR DENGAN PBT- TAN KOK YEW.
PENGHANTAR MAKANAN PERLU MENDAFTAR DENGAN PBT- TAN KOK YEW.

PENGHANTAR MAKANAN PERLU MENDAFTAR DENGAN PBT- TAN KOK YEW.

ALOR SETAR – Kalangan individu yang melaksanakan perkhidmatan menghantar makanan di Kedah diminta untuk berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkuat kuasa serta-merta.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Sr. Tan Kok Yew berkata, perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Tadbir Urus PBT Negeri Kedah yang berlangsung semalam.

“Keputusan ini selaras dengan kenyataan Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 17 April lalu yang menyatakan kalangan penghantar makanan perlu mendaftar dengan PBT.

“Oleh itu mesyuarat tersebut memutuskan supaya semua individu yang diupah untuk menghanar makanan, hendaklah berdaftar dengan PBT mengikut prosedur pendaftaran selain mematuhi tatacara kawalan penghantaran makanan disediakan buat mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Antara tatacara kawalan ditetapkan adalah radius penghantaran makanan yang dibenarkan cuma dalam lingkungan 10 kilometer dari alamat semasa pemohon.

Kok Yew menambah, keputusan meminta semua penghantar makanan itu mendaftarkan diri masing-masing adalah bersandarkan kepada faktor kawalan bilangan serta keselamatan.

“Kalangan penghantar makanan itu juga perlu menjalani saringan kesihatan seperti dinyatakan Ismail Sabri,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, pendaftaran tersebut dilaksanakan secara percuma dengan pemohon boleh mendapatkan borang secara atas talian (Online) di laman web PBT atau di pejabat PBT berhampiran.

“Kelulusan tertakluk kepada penilaian pihak PBT. Pengendali makanan juga dalam masa sama hendaklah mematuhi garis panduan keselamatan makanan bagi produk makanan yang dijual secara online sepanjang PKP, dikeluarkan Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Tambahnya pengendali makanan yang tidak berdaftar atau tidak mempunyai lesen PBT seperti mereka yang memasak secara sendiri untuk dijual secara online, perlu turut merujuk kepada KKM serta mendapatkan suntikan vaksin anti tifoid.

(Visited 2 times, 1 visits today)

COMMENTS