Pengusaha restoran, bar tetap patuh SOP walaupun diberi kelonggaran
Pengusaha restoran, bar tetap patuh SOP walaupun diberi kelonggaran

Pengusaha restoran, bar tetap patuh SOP walaupun diberi kelonggaran

PETALING JAYA: Pemilik bar dan operator restoran menyambut baik kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 bermula 1 April ini, namun mereka akan tetap meneruskan langkah berjaga-jaga.

Jurucakap Persatuan Pemilik Bar Restoran Joshua Bilique berkata, kecuali industri hiburan, kebanyakan perniagaan dalam sektor lain telah membuka semula operasi dengan sekatan kecil.

Beliau mengalu-alukan kelonggaran SOP Covid-19 termasuk pemansuhan had masa operasi.

Bagaimanapun katanya, terdapat isu yang menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli persatuan.

Salah satu daripadanya ialah keperluan membayar lesen hiburan.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenakan bayaran lesen hiburan untuk dua tahun walaupun tidak membenarkan aktiviti hiburan,” katanya.

FMT cuba mendapatkan ulasan DBKL berhubung perkara itu.

Bilique berkata, ahli persatuan akan terus mengamalkan SOP bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19, termasuk mengehadkan kapasiti tempat duduk kepada 75% dan melakukan penjarakan fizikal.

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan memulakan peralihan ke fasa endemik Covid-19 pada 1 April dengan beberapa sekatan akan dilonggarkan.

Sementara itu, Pengarah Pampas Steakhouse di Old Malaya, Kuala Lumpur, Shaheera Shahab berkata, dia gembira dengan pengumuman itu.

Bagaimanapun katanya, operator perniagaan masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan pengunjung terutama mereka yang dianggap sebagai golongan “rentan”.–FMT

(Visited 16 times, 1 visits today)

COMMENTS