Peniaga "Pekan Rabu" mengamuk, di mana kerajaan Kedah?
Peniaga “Pekan Rabu” mengamuk, di mana kerajaan Kedah?

Peniaga “Pekan Rabu” mengamuk, di mana kerajaan Kedah?

Para peniaga di kompleks Pekan Rabu, Alor Setar mengeluh kerana tiada sebarang pendapatan sejak PKPD dijalankan di Kota Setar.

Hasil tinjauan yang dilakukan, Pekan Rabu lengang dan kebanyakkan perniagaan terpaksa ditutup berikutan perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan.

Facebook Apr Pekan Rabu Extra memaparkan keluhan bukan sahaja para peniaga, malah pembekal makanan yang menyediakan produk untuk dijual di Pekan Rabu juga terjejas.

Tokey Peniaga2 pekan rabu terjejas..Staf2/pekerja2 yg bekerja dgn tokey2 pekan rabu yg dibayar upah harian/bulanan terjejas pendapatan.

Pemborong kue atau Tokey yg buat kue2 utk peniaga2 pekan rabu pon turut terjejas pendapatan..Tuuu blum congakkk barang yg rosakkk especially bhgn makanan kering..

2minggu dahhh….Satu apa berita pon xdengaq kata nak bantu peniaga2..Pihak kerajaan negeri bawah exco usahawan dan yg berkaitan tak nampak kaa… atau buat2 tak nampak …. ???

Tolong la apa yg patot.. khas utk peniaga2 Pekan Rabu ni..Dah masuk 14 hari dahh.. . buka hati dan perasaan sikittt…

Admin Facebook berkenaan melahirkan kekesalan dengan sikap kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan Sanusi sebagai tidak cakna dan peka terhadap apa yang terjadi.

Kegagalan jentera kerajaan negeri untuk menyediakan jalan penyelesaian secara berperingkat juga dilihat lemah dan lambat bertindak.

Pihak KedahKini akan mendapatkan maklumbalas dari para peniaga di Pekan Rabu dalam masa terdekat.

Berita Penuh : Apr Pekan Rabu Extra

Tokey Peniaga2 pekan rabu terjejas.. Staf2/pekerja2 yg bekerja dgn tokey2 pekan rabu yg dibayar upah harian/bulanan…

Posted by Apr Pekan Rabu Xtra on Thursday, September 24, 2020

 

(Visited 21 times, 1 visits today)

COMMENTS