Penoreh getah nyaris dibelit ular sawa.
Penoreh getah nyaris dibelit ular sawa.

Penoreh getah nyaris dibelit ular sawa.

PADANG TERAP – Seorang penoreh getah nyaris dibelit seekor ular sewa ketika menoreh getah di Kampung Masjid Baru, Naka di sini pagi tadi.

Mangsa, Khalifah Jaafar, 27, terkejut apabila terserempak dengan ular sawa lapan meter dan berat 25 kilogram dalam kebun getah tesebut kira-kira pukul 9 pagi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Terap, Left. (PA), Mohd Shukri Shuib berkata, mangsa telah mengubungi pihaknya untuk menangkap ular sawa tersebut.

Katanya. seranai tiga anggota JPM bergegas di lokasi selepas menerima laporan berkenaan.

“Setelah pemeriksaan dilakukan, anggota JPM terbabit mendapati seekor ular sawa sedang berehat berdekatan pokok getah yang sedang ditoreh,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Shukri memberitahu, ular sewa itu telah bertindak agresif ketika anggota JPM itu mahu menangkap.

“Anggota JPM terlibat mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap ular sawa itu,” katanya.

(Visited 8 times, 1 visits today)

COMMENTS