Penubuhan Majlis Peguam Syarie bukti iltizam politik AMANAH dalam martabat undang-undang syariah.
Penubuhan Majlis Peguam Syarie bukti iltizam politik AMANAH dalam martabat undang-undang syariah.

Penubuhan Majlis Peguam Syarie bukti iltizam politik AMANAH dalam martabat undang-undang syariah.

Pemuda AMANAH Nasional menyifatkan penubuhan Majlis Peguam Syarie Wilayah-wilayah Persekutuan (MPS) sebagai bukti iltizam politik AMANAH dalam memartabatkan undang-undang syariah.

Naib Ketuanya, Muhamad Fadzil Ahamad berkata, penubuhan MPS itu bertitik tolak daripada Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2019 atau Akta 814 yang telah dibentang dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 15 Julai 2019 diikuti di Dewan Negara pada 31 Julai 2019.

“Tanpa perlu retorik dan janji kosong, Akta 814 tersebut telah berjaya diusulkan sendiri oleh Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) ketika itu, YB Dr Mujahid Yusuf Rawa di Parlimen.

“Hal ini sekaligus merealisasikan hasrat dan cita-cita hampir seluruh pencinta dan pengamal undang-undang syariah di negara ini yang telah tertangguh sejak sekian lama,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Fadzil berpendapat Akta 814 dan penubuhan MPS adalah contoh manifestasi kekuatan iltizam politik Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam mengangkat dan memartabat undang-undang syariah ke tahap lebih tinggi, tanpa perlu berpolemik atau mempolitikkan isu-isu terkait perundangan Islam itu sendiri.

“Pemuda AMANAH percaya, sekiranya mandat rakyat tidak dicabuli lewat peristiwa ‘Langkah Sheraton’ lebih dua tahun lepas, lebih banyak penambahbaikan dan naiktaraf institusi Islam serta undang-undangnya akan berjaya dilaksanakan termasuklah penubuhan Majlis Tahfiz Negara yang turut diasaskan idea penubuhannya ketika era pentadbiran PH.

“Bahkan, tidak mustahil polemik RUU355 yang sekian lama menghantui sejak sebelum PRU-14 lagi akan dapat dimuktamadkan,” tambahnya lagi.

(Visited 278 times, 1 visits today)

COMMENTS