Penyokong Aksi Kedah-Penang Kecewa Pengulas Tidak Berkualiti
Penyokong Aksi Kedah-Penang Kecewa Pengulas Tidak Berkualiti

Penyokong Aksi Kedah-Penang Kecewa Pengulas Tidak Berkualiti

Pelbagai komen dapat dilihat tentang pengulas ketika siaran langsung berbayar pertembungan aksi pra-musim antara Kedah Darul Aman FC dan Penang FC yang telah berlangsung di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Turut tidak ketinggalan untuk memberi komen tentang pengulas aksi tersebut adalah pengulas televisyen untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM), Zachki Ahmad Suri di Facebooknya. Jelas, ramai kurang berpuas hati.

Ini kerana, ia adalah siaran langsung berbayar. Tentunya penyokong mengharapkan kualiti ulasan yang baik daripada pengulas yang bertugas. Mengikut laman Facebook rasmi KDA FC, pas untuk menonton siaran langsung perlawanan tersebut dijual dengan harga RM16.90 dan jika dibeli lebih awal, ia bernilai RM12.90

Tanda harganya pun sudah boleh dipersoalkan. Ini kerana, sesetengah ‘tiket’ perlawanan siaran langsung ini dijual dengan harga RM7.90 seperti yang dibuat oleh Balrz.tv untuk kejohanan pra-musim empat penjuru anjuran Terengganu FC sebelum ini. Sabah FC turut mengenakan harga sama untuk ‘Live FB’ SMJ Cup.

Dan kita tahu kualiti yang mampu dibawa oleh Balrz.tv, jika mereka diberikan tanggungjawab tersebut.

Jadi, disebabkan itu ramai yang mempersoalkan harga yang diletak oleh KDA FC buat perlawanan tersebut. Ditambah dengan ulasan amatur sebegitu, ternyata ramai kecewa kerana terpaksa membayar untuknya.

Ini bukan hanya sekadar aksi pra-musim bagi sesetengah penyokong. Derbi antara Kedah-Penang ini sentiasa hangat menjadikan ia tumpuan kedua-dua penyokong. Jadi, apabila ulasan amatur yang ‘dihidangkan’ dengan harga tiket sebegitu, sudah tentu ia akan mengundang pelbagai reaksi kurang enak daripada para penonton.

Bak kata Zachki tentang ulasan tersebut, “Untuk jadi pengulas, mesti ada BAKAT, bukan SYOK SENDIRI.”

Ketua Editor Semuanya BOLA, Nazreen Izahar yang juga merupakan pengulas untuk Balrz.tv ketika diminta mengulas tentang ulasan perlawanan tersebut berpendapat yang mungkin pengulas itu adalah bidan terjun.

“Saya rasa dia ni bidan terjun jadi pengulas. Sebab bila ada percubaan je terus jadi macam ‘fans’ yang dekat tempat duduk duk ‘ohh ahh ohh ahh’ tu. Pada saya, merugikan ‘fans’ bayar RM16 untuk ‘production’ yang tak seberapa.

Pengulas bola sepak untuk BBC Sport, Conor McNamara pernah menyatakan dalam temuramahnya bersama wartawan NME, Nick Levine tentang kesukaran utama dalam menjadi seorang pengulas adalah konsentrasi.

“Satu-satunya bahagian yang sukar ialah konsentrasi, ia menjadi satu cabaran besar. Banyak perkara yang berlaku ketika perlawanan bola sepak dan penonton adalah seperti ‘pakar’ yang menanti kesilapan kita.

“Tetapi semua orang pernah buat kesilapan walaupun anda seorang pengulas yang hebat, sangat mustahil untuk tidak buat silap. Ia mungkin nampak senang, tetapi menjadi pengulas bukanlah untuk semua orang.”

Untuk yang mahu mendengar serba sedikit ulasan pengulas aksi Kedah-Penang itu, anda boleh saksikan sedutan perlawanan yang dimuat naik laman Facebook Penang FC. Jangan terkejut, Pak Ngah pun main Kedah!-SemuanyaBola

(Visited 47 times, 2 visits today)

COMMENTS