PEPE terlepas aksi berdepan Turki
PEPE terlepas aksi berdepan Turki

PEPE terlepas aksi berdepan Turki

Lisbon: Pertahanan veteran, Pepe dijangka terlepas aksi play off separuh akhir Piala Dunia menentang Turki selepas diuji positif Covid-19, umum Persekutuan Bolasepak Portugal itu hari ini.

Jurulatih pasukan berkenaan, Fernando Santos memanggil pertahanan tengah Lille, Tiago Djalo, 21, bagi mengganti pemain Porto berusia 39 tahun berkenaan ketika juara Eropah 2016 itu juga tanpa pemain pertahanan Manchester City, Ruben Dias yang mengalami kecederaan.

Portugal menentang Turki di Porto pada Khamis dan jika menang mereka akan berdepan sama ada Itali atau Macedonia Utara.

Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukannya menyertai kem latihan skuad kebangsaan di Oeiras, dekat Lisbon, hari ini.

Portugal kali terakhir gagal layak ke Piala Dunia pada 1998 dan beraksi dalam lima edisi kejohanan sebelum ini.

(Visited 12 times, 1 visits today)

COMMENTS