Perak FC Bakal dijual
Perak FC Bakal dijual

Perak FC Bakal dijual

IPOH: Tidak sampai lima bulan pengambilalihan Perak FC oleh Impact Media & Communication (IMC) Sdn Bhd, kelab bola sepak itu mengesahkan pemilikannya bakal sekali lagi bertukar tangan kepada pemilik baharu.

Perkara itu disahkan melalui kenyataan media yang dikongsi di Facebook rasmi kelab terbabit, Perak Football Club petang ini, dengan menyatakan bersama bahawa proses pertukaran milik akan selesai dalam tempoh seminggu dari sekarang.

 

Menurut kenyataan itu, berdasarkan perbincangan dan penilaian awal, IMC berkemungkinan besar bersetuju menerima tawaran pihak yang ingin membeli kelab terbabit.

“Perak FC berada di ambang jualan berpotensi yang mungkin menyaksikan kelab bertukar tangan dalam minggu akan datang.

“Pengerusi Eksekutif Perak FC, Khairul Nizam Mahmood dilaporkan sudah memberitahu peminat bahawa beliau merancang menjual kelab di tengah-tengah tekanan yang meluas daripada pemain mahupun peminat.

“Lanjutan daripada proses (pengambilalihan) bagaimanapun tertakluk kepada syor Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang sewajarnya dimaklumkan mengenai tawaran itu,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, selesai sahaja pengambilalihan itu, IMC akan melepaskan semua tugas eksekutifnya yang tertumpu kepada mendapatkan dana serta mengenalpasti pelabur yang untuk memperoleh kelab, disebabkan oleh krisis yang melanda.

Pada Disember 2021, IMC memperoleh 100 peratus pegangan dalam Perak FC Sdn Bhd namun pengurusan skuad The Bos Gaurus di bawah IMC mengalami tekanan hebat berikutan krisis kewangan pasukan itu pada Januari lalu.

Pagi tadi, Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Muhammad Yunus Zakariah dilaporkan berkata pengurusan akan menerima secara rasmi surat tunjuk minat (LOI) daripada pihak yang berminat mengambil alih pentadbiran kelab berkenaan, hari ini.

(Visited 20 times, 1 visits today)

COMMENTS