Percalonan PM akan dirujuk ke Majlis Presiden PH - Khalid Samad.
Percalonan PM akan dirujuk ke Majlis Presiden PH – Khalid Samad.

Percalonan PM akan dirujuk ke Majlis Presiden PH – Khalid Samad.

Jawatankuasa Pimpinan Nasional, Parti Amanah Negara pada petang kelmarin telah mengadakan mesyuarat untuk membincangkan pencalonan Dato’ Seri Shafie Afdal sebagai calon Perdana Menteri seperti yang dicadangkan di dalam satu pertemuan tidak formal pemimpin-pemimpin dari AMANAH, DAP, WARISAN dan Tun Dr Mahathir baru-baru ini. Mesyuarat mengambil maklum bahawa cadangan ini adalah untuk mencari penyelesaian kepada usaha mencukupkan sokongan Ahli Parlimen bagi Pakatan Harapan membentuk semula kerajaan.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Samad berkata setelah mengambil pandangan dari semua ahli-ahli mesyuarat, JKP Nasional AMANAH menganggap bahawa persoalan ini perlu diputuskan bersama di dalam Majlis Presiden PH demi menjamin kesepakatan dan kebersamaan dalam menangani persoalan ini. Mesyuarat menegaskan persoalan mengambil kembali kerajaan adalah sesuatu yang perlu diutamakan.

Katanya, “Mesyuarat JKP Nasional dengan ini bersetuju untuk merujuk perbincangan berkaitan pencalonan Perdana Menteri kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam waktu terdekat untuk mendapat keputusan bersama”, katanya dalam satu kenyataan media di sini.

(Visited 1 times, 1 visits today)

COMMENTS