PERKUKUH CAWANGAN HADAPI PILIHANRAYA - Phahrolrazi Zawawi
PERKUKUH CAWANGAN HADAPI PILIHANRAYA – Phahrolrazi Zawawi

PERKUKUH CAWANGAN HADAPI PILIHANRAYA – Phahrolrazi Zawawi

oleh : Fuad Nawawi.

Pendang – Pengerusi Amanah Negeri Kedah, YB Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi menyeru semua cawangan Amanah termasuk sayap Pemuda, Awan (Wanita) dan Warda (Wanita Muda) terus diperkukuhkan untuk menghadapi pilihanraya yang akan diadakan pada bila-bila masa akibat ketidaktentuan situasi politik negara.

Tambah beliau lagi, kekuatan undi bagi mana-mana parti politik berada di cawangan. “Cawangan yang kuat dan aktif pastinya akan menyumbangkan undi kepada parti seterusnya menjadi faktor kemenangan dalam pilihanraya. Jadi adalah menjadi tanggungjawab setiap cawangan untuk terus menyantuni pengundi termasuk wanita dan pemuda.”

“Pendang adalah antara kawasan yang mempunyai cawangan dan ahli Amanah yang ramai di negeri Kedah. Tidak mustahil dengan kerja kuat dan perancangan yang rapi, Pakatan Harapan akan berjaya menembusi kubu kuat Pas ini dan seterusnya berjaya menawan kerusi Parlimen Pendang, DUN Tokai dan DUN Sg Tiang juga, dalam PRU yang akan datang, Insyaallah.” Ujar beliau lagi.

Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi berkata demikian dalam program Lawatan Jawatankuasa Pengurusan Amanah Negeri Kedah ke kawasan Pendang yang berlangsung di Pejabat Parti Amanah Negara Kawasan Pendang malam ini.

Dalam program yang sama, jawatankuasa pengurusan Amanah negeri juga diberi taklimat ringkas oleh Setiausaha Amanah kawasan, Fadhlurrahman Zawawi mengenai perkembangan terkini Amanah Kawasan Pendang serta pembentukan jawatankuasa Pusat Daerah Mengundi di dalam Parlimen Pendang.

Selain pimpinan Amanah kawasan, turut hadir ialah ketua-ketua Amanah cawangan dan bekas MPKK Amanah di dalam Dun Tokai dan Dun Sg Tiang – Kedahkini.

(Visited 19 times, 1 visits today)

COMMENTS