PERKUKUHKAN KEHARMONIAN ANTARA KAUM
PERKUKUHKAN KEHARMONIAN ANTARA KAUM

PERKUKUHKAN KEHARMONIAN ANTARA KAUM

Fuad Nawawi | 21.02.2020

Pendang – Masyarakat berbilang kaum di negeri ini disaran memperkukuhkan keharmonian antara kaum dan menolak sebarang usaha pihak-pihak tertentu yang menyebarkan tohmahan dan sangkaan jahat untuk merosakkan keharmonian dan perpaduan dikalangan rakyat. Demikian ditegaskan oleh Dato Dr Ismail bin Salleh, Exco Agama, Kesihatan, Luar Bandar dan GLC Negeri Kedah.

Beliau bercakap ketika menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat DUN Tokai malam ini di perkarangan Balai Bomba Sukarela Pendang. “Kita boleh lihat, perpaduan dikalangan rakyat Pendang ini cukup harmoni kerana majlis ini bukan sahaja dihadiri oleh orang Tiong Hua, bahkan rakan-rakan kita dikalangan orang Melayu, Siam dan juga India turut sama hadir meraikan majlis pada malam ini.”

Dalam majlis yang sama, Dr Ismail turut mengedarkan risalah mengenai Coronavirus kepada para hadirin sebagai langkah pendidikan awal untuk mencegah penularan wabak berkenaan.

Turut hadir dalam majlis berkenaan, YB Tan Kok Yew, Exco Kerajaan Negeri Kedah, Ybhg Encik Fadhlurrahman Bin Zawawi, Penyelaras DUN Tokai, Ketua Polis Daerah Pendang, YDH DSP Tuan Arizz Sham bin Hamezah dan Pengerusi DAP Pendang, Ooi Chong Maw.

(Visited 3 times, 1 visits today)

COMMENTS