PERLUKAH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DILAKSANAKAN?
PERLUKAH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DILAKSANAKAN?

PERLUKAH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DILAKSANAKAN?

Negara kita sekarang sedang mengalamai gelombang kedua Covid-19 di mana sudah meragut dua nyawa baru-baru ini.

Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan oleh pihak Kerajaan untuk seluruh rakyat Malaysia berkuatkuasa 18 Mac sehingga 31 Mac 2020.

Kenapa dikeluarkan arahan sebegini?

Kerana negara kita sedang mengalami wabak Covid-19 yang menular di seluruh dunia termasuk Malaysia. Bagi mengelakan wabak ini tersebar, Pihak Kerajaan mengambil langkah menguatkuasakan perintah ini.

Apabila perintah ini dijalankan mengikut Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967, maka segala aktiviti yang dilaksankan di seluruh Malaysia hendaklah ditangguh dan Premis yang berkenaan diarah tutup.

Selain itu, atas perintah akta ini, maka rakyat haruslah duduk di rumah masing-masing dan menjaga kesihatan dengan mengikut langkah yang ditetapkan oleh pihak kementerian kesihatan. Tidak digalakkan untuk keluar balik kampung ataupun bercuti kerana ianya boleh mengakibatkan wabak ini tersebar secara luas.

Semua Institusi pengajian awam dan swasta, premis kerajaan, kedai-kedai yang berkenaan diarah tutup.
Kedai makan ( hanya untuk bungkus sahaja), supermarket, stesen minyak, dan lain-lain seperti yanh diarahkan dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Bagi majlis rasmi semua ditangguhkan manakal bagi majlis kenduri kahwin,disarankan untuk tangguh kerana berisiko jika diteruskan kerana melibatkan kehadiran ramai orang ( mudah berjangkit).

Pengangkutan awam diteruskan, dan masjid dan rumah ibadat agama lain diarah tutup buat sementara waktu. Bercuti ke luar negara adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Untuk rakyat Malaysia, tolong bagi kerjasama yang baik dan patuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa bagi memastikan wabak ini tidak merebak. Jangan pentingkan diri sendiri sehingga orang lain merana. Patuhilah arahan demi kesejahteraan kita bersama.

Oleh : Orang Kertas.

(Visited 3 times, 1 visits today)

COMMENTS