Persatuan Silat Kuntau Jawa dan Tomoi Negeri Kedah
Persatuan Silat Kuntau Jawa dan Tomoi Negeri Kedah

Persatuan Silat Kuntau Jawa dan Tomoi Negeri Kedah

Kenali Guru – Guru Ayahanda Utama Dahari Kamarudin (AUDAKA)

Dato Mahaguru Hussain bin Hj Mohd Salleh | Hussain Janggut | Paklong Hussain (BKM, PJK) (1938-2001)

Beliau adalah Guru Utama Dan Pengasas “PERSATUAN SILAT GAYONG KUNTAU JAWA DAN TOMOI” NEGERI KEDAH DARUL AMAN. Telah didaftarkan pada 02hb Oktober 1968.

Beliau juga dikenali sebagai Hussain Silat / Bomoh, dilahirkan pada malam jumaat 03hb Mac 1938 bersamaan 01 Muharam 1357.

Pada tahun 1955, beliau telah keluar dan merantau dari Negeri Kedah selama 4 tahun pada umur beliau 17 tahun dan mula belajar silat dalam masa 1 bulan 26 hari sahaja selain itu Allahyarham juga pernah bermimpi belajar silat selama 7 malam berturut-turut dalam masa 4 tahun selain berusaha untuk menuntut ilmu zahir dan juga batin untuk digunakan dalam menolong orang-orang sakit dan sebagainya.

Pada tahun 1958 beliau mula mengajar silat sehingga ke akhir hayat beliau. Allahyarham pulang ke Rahmatullah pada hari Khamis 11hb Januari 2001. Selepas kepergian Allahyarham, semua murid-murid yang telah mempelajari ilmu persilat daripadanya telah berusaha untuk menyambung kembali SILAT GAYONG KUNTAU JAWA DAN TOMOI ini supaya tidak hilang ditelan zaman.

Pada masa kini masih terdapat beberapa orang GURULATIH yang masih aktif dalam mengajar silat ini sebagai satu seni mempertahankan diri serta kebudayaan dan juga kesenian orang-orang melayu.

Diantara ANAK MURID ALLAHYARHAM yang masih ada termasuklah ANAK kepada BEKAS MENTERI BESAR KEDAH, ALLAHYARHAM TAN SRI DATO SERI DIRAJA USTAZ HJ AZIZAN iaitu Saudara AHMAD FAIQ BIN AZIZAN.

Semoga rohnya Allahyarham Guru Utama dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh Aaminn Ya Allah. 🤲🏻

Kredit Sejarah : Putera Tuah Harimau Gayong

           

       

    

(Visited 197 times, 2 visits today)

COMMENTS