PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH YANG KE-14 DITANGGUHKAN- MENTERI BESAR KEDAH.
PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH YANG KE-14 DITANGGUHKAN- MENTERI BESAR KEDAH.

PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH YANG KE-14 DITANGGUHKAN- MENTERI BESAR KEDAH.

PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH
MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA
DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN YANG KE-14

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Adalah dengan ini saya ingin memaklumkan mengenai status Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke-14 sebagaimana yang dijadualkan berlangsung pada 23 Mac 2020 bersamaan 28 Rejab 1441 H, telah ditetapkan ke satu tarikh baharu iaitu pada 13 dan 14 April 2020 bersamaan 19 dan 20 Syaaban 1441 H.

Perubahan tarikh ini adalah berikutan penularan jangkitan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan serta peningkatan jumlah kes yang dilaporkan di Negeri Kedah. Selain itu, perubahan ini juga adalah selaras dengan perintah kawalan pergerakan yang berkuat kuasa pada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 bagi membendung penularan wabak jangkitan COVID-19 di seluruh Malaysia.

Sekian, terima kasih.

DATO` SERI UTAMA HJ MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Menteri Besar Kedah
19 Mac 2020

(Visited 37 times, 1 visits today)

COMMENTS