Pesawah kecewa tanaman padi lambat kerana explotasi harga benih - Asmirul Anuar Aris
Pesawah kecewa tanaman padi lambat kerana explotasi harga benih – Asmirul Anuar Aris

Pesawah kecewa tanaman padi lambat kerana explotasi harga benih – Asmirul Anuar Aris

Saya kepilkan rungutan pesawah padi bersama masalah yang telah mereka hadapi. Sehubungan dengan itu adalah di harapkan MOA(Minister of Agriculture/Menteri Pertanian) yang di ketuai oleh YAB Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee agar dapat dengan segera mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menanganinya.

Untuk itu di simpulkan kesemua permasalahan di atas adalah seperti berikut:

  1. Memastikan tanaman padi mengikut jadual pengairan yang telah di tetapkan oleh pihak MADA. Kegagalan berbuat demikian akan mendatangkan kesan yang besar kepada pendapatan pesawah.
  2. Di antara yang di kenal pasti punca kelewatan penanaman padi musim kedua ialah kenaikan harga benih pada yang melampaui dari harga pasaran yang sebenarnya.
  3. Pihak MOA dengan kerjasama Jabatan Pertanian mestilah memastikan varieti benih yang di bekalkan benar-benar berkualiti agar tidak tercemar dengan penyakit yang boleh mengakibatkan jumlah pengeluaran padi petani boleh terjejas.
  4. Membuka peluang dan ruang kepada Pertubuhan Peladang Kawasan(PPK) untuk membekalkan padi subsidi untuk mengelakkan pergantungan petani hanya kepada syarikat-syarikat yang di berikan kontrak pengeluaran.
  5. MOA sepatutnya dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam negeri Dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNDHEP) patut mengenakan tindakan undang-undang yang tegas serta keras kepada sebarang kenaikan harga benih padi di pasaran gelap mahupun terbuka.
  6. Harus di fahami, di Kedah dan Perlis melalui 27 PPK menghasilkan 40% pengeluaran padi negara daripada jumlah keseluruhan 70%. Ini membawa maksud pembangunan keselamatan makanan (food security) haruslah di titik beratkan kerana ia juga menjana pendapatan petani sebanyak RM1.4 Billion setahun yang keluasan anggaran 100,000 hektar tanah di guna pakai.
  7. Pengeluaran hasil beras negara yang tinggi akan dapat mengelakkan daripada kita mengimport terlalu banyak beras dari luar negara yang secara tidak langsung dapat menyekat wang pengeluaran keluar yang hanya menguntungkan pengimport.

Adalah di harapkan apa yang menjadi pemasalahan pesawah akan mendapat perhatian yang sewajarnya oleh pihak-pihak yang berkenaan berhubung perkara berbangkit di Kedah dan Perlis.

Asmirul Anuar Aris
Anak Kubang Rotan

(Visited 16 times, 1 visits today)

COMMENTS