Pesta Londeh-Melondeh Pimpinan UMNO Memalukan Negara – Mahfuz Omar
Pesta Londeh-Melondeh Pimpinan UMNO Memalukan Negara – Mahfuz Omar

Pesta Londeh-Melondeh Pimpinan UMNO Memalukan Negara – Mahfuz Omar

ALOR SETAR – Ahli Parlime Pokok Sena, Dato’ Wira Haji Mahfuz Omar menyelar tindakan pimpinan UMNO yang bertelagah tanpa henti sehingga menyebabkan kerajaan menjadi tidak stabil. Malah tindakan pimpinan UMNO sendiri yang mendedahkan salah laku di antara mereka umpana pesta londeh-melondeh di mahkamah amat memalukan negara.

Bercakap dalam satu program bual bicara program The Perspektif pada 8 Julai lalu, Mahfuz jelas kecewa dengan prestasi kerajaan ketika ini.

Program bual bicara “CitChat Dr Ismail” itu mengetengahkan tajuk Kerajaan BN & PN “Cap Ayam”. Dr Ismail Salleh selaku moderator turut mengajukan soalan berkaitan dengan ketidakstabilan kerajaan ketika ini yang dilihat berpecah kepada beberapa kumpulan.

“Kerajaan pada hari ini tidak stabil. Kerajaan sekarang berpecah kepada tiga team dan perkata ini sangat merugikan rakyat.

“Pergaduhan dalam UMNO tidak ada kena mengena dengan kaum lain terutama kaum Cina. Tetapi perpecahan yang berlaku ketika ini adalah melibatkan orang Melayu dalam UMNO itu sendiri.

“Sebelum ini persepsi yang dimainkan kononnya AMANAH adalah agen kepada DAP, tetapi hakikatnya yang berlaku adalah pergaduhan sesama Melayu dalam UMNO,” ujar Mahfuz.

Situasi politik ketika ini dilihat tidak stabil apabila parti-parti gabungan yang membentuk kerajaan ketika ini dilihat saling serang menyerang antara satu sama lain.

Malah kenyataan-kenyataan serangan antara parti kerajaan semakin memuncak menghampiri tarikh PRU-15 yang dikatakan bakal dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

UMNO sebelum ini melaungkan parti itu perlu berkuasa kembali untuk menstabilkan kerajaan supaya negara dapat ditadbir dengan baik.

Namun, semuanya nampak tidak menjadi apabila pimpinan Melayu dalam UMNO sendiri yang bercakaran sehingga menyebabkan suasana tidak stabil dalam politik negara ketika ini.

Mahfuz turut bimbang dengan nasib bangsa Melayu yang semakin tidak mendapat perhatian dari kerajaan ekoran dari sikap pimpinan UMNO yang terlalu gila mengejar kuasa dan mengaut keuntungan dari kekayaan negara.

“Bangsa Melayu kini rugi kerana mempunyai sebuah kerajaan yang tidak kompiten serta tidak dapat mentadbir negara dengan baik.

“Saya agak kecewa dengan Perdana Menteri kerana menuduh pembangkang buat fitnah berkaitan dengan kos sara hidup. PM cuba mengalihkan kelemahan dan kegagalan kerajaan ketika ini kepada Pakatan Harapan.

“Ini satu penghinaan kepada rakyat. Rakyat sendiri yang merasai bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini yang terpaksa mereka tempuhi,” ujar Mahfuz.

(Visited 183 times, 3 visits today)

COMMENTS