PKMMNK SUMBANG BERAS BERJUMLAH RM10,000 UNTUK GOLONGAN TERJEJAS PKP.
PKMMNK SUMBANG BERAS BERJUMLAH RM10,000 UNTUK GOLONGAN TERJEJAS PKP.

PKMMNK SUMBANG BERAS BERJUMLAH RM10,000 UNTUK GOLONGAN TERJEJAS PKP.

ALOR SETAR – Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Kedah (PKMMNK) hari ini tampil menghulurkan sumbangan berjumlah RM10,000 bagi membeli beras untuk diserahkan kepada golongan yang terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19 ketika ini.

Menurut Yang Dipertuanya, Mohammad Fauzee Mohamad, sumbangan itu dibuat sebagai tanda prihatin dan simpati terhadap golongan berkenaan selain mendapat galakkan daripada Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Dato’ Seri Mohamed Fadzill Hassan.

“Menerusi sumbangan ini, kami menjangkakan sebanyak 750 kampit beras dapat diagih-agihkan kepada mereka yang memerlukan.

“Sumbangan ini akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak berkenaan akan mengagih-agihkannya kepada keluarga atau individu memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan tersebut kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir dengan turut disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Tambahnya, pihaknya berkemungkinan akan turut menambah jumlah sumbangan bergantung kepada keadaan.

“Sebelum ini pun kami turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa agensi dan pihak berkaitan,” katanya.

(Visited 1 times, 1 visits today)

COMMENTS