PKPB | “Alasan” tidak masuk akal laksana PKPB, rakyat makin derita

PKPB | “Alasan” tidak masuk akal laksana PKPB, rakyat makin derita

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan kerajaan yang memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh semenanjung kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis.

Beliau berkata, tidak seharusnya kerajaan menggunakan isu kesihatan sebagai alasan untuk melaksanakan PKPB sehingga menyebabkan ramai pihak mula mempertikaikan tindakan tersebut.

“Lagi kerajaan itu lemah, lagi banyak pula PKPB. Sampai darurat terus. Tak boleh darurat, dia pergi laksana PKPB.

“Jangan guna (isu kesihatan) ini sampai orang pertikai kesahihan. Kalau betul masalahnya, bagi contoh dan kita teliti. Kalau orang boleh terima, saya pun tak mahu pertikai,” katanya ketika menjawab persoalan Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa).

Nik Nazmi ketika mencelah perbahasan ketua pembangkang, beliau bertanya adakah kerajaan melaksanakan PKPB tanpa mengambil kira kepadatan penduduk di sesuatu negeri kerana menurutnya Sabah dan Labuan mempunyai kepadatan tinggi yang sememangnya perlu di kawal di bawah PKPB atau PKP.

“Bila Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan PKPB hampir seluruh negara, ada pakar perubatan mempertikaikan kerana kepadatan di Sabah atau Labuan yang seharusnya dikuatkuasan PKPB atau PKP. Tapi di negeri lain pula kena,” katanya.

Sementara itu Anwar menegaskan, kerajaan perlu menggunakan konsep ‘open data’ di mana menurutnya tidak masuk akal apabila Selangor yang hanya dengan tujuh kes, dikenakan PKPB.

“Orang tak yakin adakah kerajaan sungguh-sungguh. Apakah perlu berlarutan begini. Saya minta untuk open data dan perlu ada ketelusan. Contohnya hanya tujuh kes di Selangor kemudian kena PKPB. Apa kebenarannya?

“Bila ada open data dan maklumat telus, orang lebih yakin. Sekarang ini lagi ramai yang mula pertikai. Ini apa dia ini?

Mengapa sampai berlarutan dan bersungguh sangat sikit-sikit buat PKPB?,” soalnya.

Berita Penuh : MalaysiaDateline

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )