PKPB di Kampung Padang Che Mas, Baling

PKPB di Kampung Padang Che Mas, Baling

Kampung Padang Che Mas di Baling, Kedah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 14 hari, mulai 18 Oktober ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia berikutan saringan yang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap penduduk di kampung berkenaan mendapati seramai 25 individu daripada lima keluarga dijangkiti COVID-19.

“Seramai 100 orang lain masih menunggu keputusan ujian saringan yang dijalankan. PKPB ini akan membabitkan 1,150 penduduk dan 151 buah rumah di kawasan itu. Semua penduduk dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Pergerakan keluar masuk di kawasan itu juga tidak dibenarkan,” katanya hari ini.

Sumber: BERITA HARIAN

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (1 )