PKPD dilaksanakan di Amanjaya, Sungai Petani - MKN
PKPD dilaksanakan di Amanjaya, Sungai Petani – MKN

PKPD dilaksanakan di Amanjaya, Sungai Petani – MKN

Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan Secara Pentadbiran (TEMCO) akan dilaksanakan dikawasan Amanjaya, Sungai Petani bermula 12.00 tengah malam ini (28 Ogos 2020) berikutan petambahan kes positif Covid-19 melibatakan kluster Tawar di kawasan itu.

Perkara itu  diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob menerusi siaran langsung di halaman facebook Majlis Keselamatan Negara sebentar tadi

Pelaksanaan itu meliputi 3 daripada 5 zon di Aman Jaya (Kenanga, Melur dan Mawar) yang melibatkan kawasan perumahan melibatkan 265 rumah yang sedang diletakkan di bawah HSO (daripada jumlah 303 seluruh Aman Jaya) kerana kontak kepada 7 kes positif.

Pelaksanaan itu juga menyebabkan sekolah atau taska, masjid dan rumah ibadat agama lain turut ditutup. Restoran dan kedai makan hanya dibenarkan beroperasi secara pembelian bawa pulang (take away), kedai runcit dan kedai barangan/perkhidmatan perlu (essential services) sahaja dibenarkan untuk beroperasi.

Pasar malam atau pasar tani dan kedai non-essential tidak dibenarkan, manakala pasar harian dibenarkan dengan pematuhan SOP yang ketat.

Bagi pergerakan keluar rumah bagi mendapatkan barangan keperluan, hanya 1 orang sahaja wakil rumah dibenarkan keluar bagi tujuan tersebut.

Pekerja sama ada yang bekerja di dalam atau di luar kawasan PKPD itu tidak dibenarkan untuk keluar bekerja. Majikan perlu membenarkan pekerja bekerja dari rumah, kecuali bagi kes-kes kecemasan perlu mendapatkan kebenaran daripada PDRM.

Selain itu, Polis Diraja Malaysia bersama Angkatan Tentera Malaysia juga akan mengadakan sekatan jalanraya bagi mengawal pergerakan keluar masuk ke kawasan berkenaan.

 

(Visited 8 times, 1 visits today)

COMMENTS