PKPD Kota Setar: Wakil Rakyat PH pantas hulur bantuan
PKPD Kota Setar: Wakil Rakyat PH pantas hulur bantuan

PKPD Kota Setar: Wakil Rakyat PH pantas hulur bantuan

Alor Setar – Seawal hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuatkuasa semalam, wakil rakyat Pakatan Harapan pantas menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan  harian.

Keadaan diburukkan lagi apabila hujan lebat yang melanda menyebabkan beberapa buah kampung dilanda banjir kilat akibat berlaku limpahan air dari sungai berhampiran.

Barangan keperluan harian yang disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kundor, YB Dato Dr Ismail Salleh itu disampaikan oleh Tn Hj Saidi Azizan, Ketua Amanah Kawasan Kuala Kedah kepada penduduk Kg Alor Serdang di surau Al- Muttaqin yang dijadikan pusat agihan sumbangan. Turut menyumbang, Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Dr Azman Ismail melalui wakil beliau, Azmi Man.

Skuad Peduli Rakyat Dun Pengkalan Kundor yang melakukan tinjauan banjir sekitar jam 1 pagi itu turut membantu penduduk kampung melakukan pemindaan barang-barang serta penduduk kampung ke tempat selamat ekoran keadaan banjir yang naik secara mendadak.

Penduduk kampung bergotong royong menyediakan makanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir

Selain itu, surau tersebut juga berfungsi sebagai tempat untuk penyediaan makanan bagi diedarkan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir ini. Turut membantu, penduduk kampung dan juga ahli jawatankuasa Amanah Kg Alor Serdang

(Visited 9 times, 1 visits today)

COMMENTS