PKPP Seluruh Negara Dilanjutkan Lagi Sehingga 31 Mac 2021
PKPP Seluruh Negara Dilanjutkan Lagi Sehingga 31 Mac 2021

PKPP Seluruh Negara Dilanjutkan Lagi Sehingga 31 Mac 2021

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan lagi sehingga 31 Mac 2021. Perkara ini diumumkan oleh
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media harian PKPP hari ini.

PKPP yang dijadualkan berakhir pada 31 Disember 2020 dilanjutkan lagi selepas kes Covid-19 di negara ini masih belum
menunjukkan tanda-tanda untuk reda.

Semalam (31 Disember 2020), negara mencatat rekod kes harian tertinggi pernah dicatatkan iaitu 2,525 kes dan negeri Selangor menjadi penyumbang tertinggi dalam jumlah itu dengan 1,205 kes. – Bernama.

(Visited 2 times, 1 visits today)

COMMENTS