PKR pecat Kenny Chua khianati mandat rakyat.

PKR pecat Kenny Chua khianati mandat rakyat.

PKR hari ini memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Inanam, Kenny Chua Teck Ho berkuat kuasa serta-merta selepas sahih menyokong kumpulan bekas ketua Menteri, Musa Aman untuk menjatuhkan kerajaan Sabah.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Dato’ Ahmad Kasim berkata, keputusan dibuat selepas mendapat pengesahan Majlis Pimpinan Negeri Sabah berhubung kehadiran Kenny dalam blok Musa.

“Mengambil kira pendirian PKR bahawa pengkhianatan terhadap mandat rakyat tidak boleh dibenarkan berlaku, maka Lembaga Disiplin mengumumkan bahawa Kenny Chua Teck Ho dipecat dari PKR berkuatkuasa serta-merta,” katanya.

 

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )