PN Kedah kucar kacir, tidak cekap dalam pengurusan - Dr. Ismail
PN Kedah kucar kacir, tidak cekap dalam pengurusan – Dr. Ismail

PN Kedah kucar kacir, tidak cekap dalam pengurusan – Dr. Ismail

Sidang DUN Kedah : Siri 1

Sidang DUN negeri Kedah kali pertama bagi kerajaan Perikatan Nasional di Kedah berlangsung dari 26-27 Ogos 2020 yang lalu. Sidang yang berlangsung dua hari itu dilihat amat singkat dan tidak mencukupi bagi membahas isu dan dasar kerajaan baharu Kedah itu. Walaupun berlangsung dua hari, sidang DUN Kedah tetap panas dengan pelbagai isu yang menarik perhatian rakyat Kedah.

Pada hari pertama sidang DUN Kedah telah berlaku kekecohan apabila speaker yang baharu telah dilantik tanpa notis awal yang diberikan kepada pihak pembangkang. Pertikaian lidah berlaku di antara kedua-dua belah pihak dan menjadikan suasana agak panas. KedahKini TV telah mendapatkan maklum balas dari Adun Pengkalan Kundor, Dato’ Dr. Ismail Salleh.

Mengulas lanjut berkaitan insiden tersebut, Dato’ Dr. Ismail menzahirkan kekesalan beliau terhadap apa yang berlaku. Ujar beliau, kerajaan baharu ini dilihat begitu kucar kacir, hilang arah dan tidak cekap dalam pengurusan. Katanya, “sidang DUN Kedah sangat tidak terurus”, “pada mesyuarat kali ini beberapa perkara asas itu gagal dilaksanakan”.

“Yang paling besar adalah melantik speaker baharu, dalam peraturan mesyuarat 4.1 setiap ahli dewan berhak membuat cadangan terhadap speaker baharu”. “Cadangan perlu dihantar satu hari sebelum kepada setiausaha dewan, bagaimana kami hendak hantar kalau kami pun tidak tahu”, “tiada notis yang diberikan kepada kita”, ujar beliau.

Pihak pembangkang dilihat tidak bersetuju dengan tindakan melantik speaker baharu tanpa mengikut peraturan mesyuarat, tetapi atas dasar mendahulukan rakyat jelata, pembangkang bersetuju untuk meneruskan sidang DUN pada kali ini.

Sidang pada kali ini juga panas pada hari kedua dengan pembangkang dan kerajaan bertikam lidah dalam isu-isu yang membabitkan kepentingan negeri. Antara isu yang panas adalah berkaitan dengan balak.

Ikuti kupasan lanjut dalam Sidang DUN Kedah : Siri 2

 

(Visited 8 times, 1 visits today)

COMMENTS