Polis minta mangsa kes gangguan seksual pendakwah terkenal tampil
Polis minta mangsa kes gangguan seksual pendakwah terkenal tampil

Polis minta mangsa kes gangguan seksual pendakwah terkenal tampil

Susulan dakwaan seorang pendakwah terkenal dikatakan melakukan gangguan seksual, pihak polis meminta mangsa atau saksi untuk tampil segera untuk membantu siasatan.

Beberapa keterangan saksi sudah dirakam

Menurut Sinar Harian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya mengalu-alukan kerjasama ini bagi membantu siasatan.

Ketahui 3 Jenis Gangguan Seksual Atas Talian Dan Langkah Mengatasinya

Kami nasihatkan mangsa yang mungkin terkesan dengan dakwaan berkenaan tampil bagi membantu pihak polis meneruskan siasatan.

Setakat ini terdapat beberapa saksi sudah dirakam keterangan berhubung kes ini.”

Sebelum ini, pendakwah tersebut dan isterinya telah pun hadir ke Bukit Aman untuk merakamkan keterangan bagi membantu siasatan laporan gangguan seksual yang dibuat ke atas pendakwah tersebut.

Manakala pada hari Khamis lepas, pihak polis telah pun membuka satu kertas siasatan berhubung video dan mesej lucah yang tular di Telegram yang dikaitkan dengan pendakwah berkenaan.

Salah seorang mangsa dan ahli keluarga juga sebelum ini turut merakamkan video membuat sumpah laknat mengaku diganggu oleh pendakwah terkenal itu. —Lobak Merah

(Visited 16 times, 1 visits today)

COMMENTS