Politik Johor panas kembali dengan perebutan jawatan Menteri Besar
Politik Johor panas kembali dengan perebutan jawatan Menteri Besar

Politik Johor panas kembali dengan perebutan jawatan Menteri Besar

Situasi panas di selatan tanah air belum reda walaupun pilihanraya negeri Johor sudah selesai dengan kemenangan bergaya diperoleh oleh Barisan Nasional (BN).

Maklumat terkini didedahkan oleh sumber dalaman UMNO mengatakan bahawa Onn Hafiz Ghazi, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap dikatakan sudah mendapat perkenan untuk diangkat sebagai menteri besar Johor yang baru.

Sebelum ini UMNO telah berjanji bahawa mantan menteri besar, Hasni Mohammad akan dilantik semula sebagai menteri besar sekiranya UMNO menang dalam PRN Johor pada 12 Mac 2022 lalu.

Namun segala-galanya berubah sekelip mata apabila dikhabarkan Onn Hafiz telah mendapat perkenan dari Istana Johor untuk dilantik sebagai menteri besar yang baru.

Menurut sumber, UMNO dikatakan telah menghantar tiga nama iaitu penyandang, Hasni Mohammad, Mohd Puad Zarkashi dan Onn Hafiz sebagai calon menteri besar.

Onn Hafiz yang berusia 43 tahun merupakan anak saudara kepada Hishamuddin Husssein dan cicit kepada Onn Jaafar yang merupakan pengasas UMNO.

Pada pilihan raya negeri (PRN) Johor Sabtu lalu, Onn menewaskan tiga pencabarnya di kerusi DUN Machap dengan majoriti 11,029 undi.

Terdahulu Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan telah menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Johor Bahru dalam pertemuan hampir sejam.

(Visited 21 times, 1 visits today)

COMMENTS