PRESIDEN KAMI SENDIRI MELANGGAR KEPUTUSAN PARTI KAMI SENDIRI - Mukhriz Mahathir
PRESIDEN KAMI SENDIRI MELANGGAR KEPUTUSAN PARTI KAMI SENDIRI – Mukhriz Mahathir

PRESIDEN KAMI SENDIRI MELANGGAR KEPUTUSAN PARTI KAMI SENDIRI – Mukhriz Mahathir

Alor Setar- “Presiden Kami sendiri melanggar keputusan majlis pimpinan parti kami sendiri.”

” Saya ingin bagitahu kepada semua bahawa tidak pernah ada satu keputusan dari kempipinan majlis parti saya untuk mencalonkan Tan Sri Muhyyidin Yassin sebagai Calon Perdana Menteri yang ke -8.”

“Tiba-tiba dia sendiri bawa surat menyatakan sokongan padu 36 orang Ahli Parlimen Bersatu termasuk nama saya, nama Tun Mahathir, nama Syed Saddiq, dan nama 3 orang lagi yang tak pernah pun menyokong beliau.

” Tan Sri Muhyiddin bawa surat menghadap Seri Baginda Yang Dipertuan Agong kononnya mencalonkan diri dia sendiri sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.

“Inilah pengkhianatan seperti mana yang disebut,” kata Dato Seri Utama Mukhriz Mahathir, Pengerusi Bersatu Kedah.

Katanya lagi, “Dia potong Tun Mahathir Tang Kona sebab sebelum nie kita tak pernah dengar nama dia sebagai calon perdana menteri”.

” Waktu Ahli Parlimen seorang demi seorang dipanggil ke Istana Negara untuk menamakan Calon Perdana Menteri, kita dengar nama Dato Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir, kemudian satu pihak lagi kata bubar, ada tiga pilihan nie saja pada ketika itu.”

“Tengok-tengok nama Muhyiddin yang naik jadi Perdana Menteri walhal nama dia sebelum nie tak disebut pun sebagai calon .”

“Itulah sebabnya kami dalam Parti Bersatu Malaysia masih berpegang teguh dengan prinsip mandat rakyat yang diberikan pada pru 14 yang lalu.”

“Kami tak akan menderhakai mandat rakyat dan pada itulah kami masih lagi bersama pakatan harapan walaupun kami sudah keluar dari pakatan, kami tetap akan bersama dengan perjuangan bersama pakatan harapan yang rakyat pilih.”

Mukhriz turut memuji barisan Exco Kerajaan Negeri yang sangat komited dalam urus tadbir negeri dan sangat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh mereka.

“Kita diberi mandat rakyat, kita jangan khianati mandat ini kerana rakyat sedang memerhati apa yang kita buat ,” katanya.

“Saya dan barisan kepimpinan Pakatan Harapan akan memastikan Negeri Kedah terus membangun di bawah pentadbiran pakatan harapan dan akan terus memastikan apa yang dijanjikan akan dilaksanakan walaupun kita tak sehaluan dengan Kerajaan pusat ,” katanya ketika Program Jelajah Mandat Rakyat di Perkarangan Stargate, Alor Setar.

Turut hadir YB Dato Johari Abdul ( Pengerusi PKR Kedah ), YB Dato Phahrolrazi zawawi ( Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Kedah ), YB Tan Kok Yew ( Pengerusi DAP Kedah ), Barisan Exco-Exco Kerajaan Negeri Kedah dan Adun-Adun dari pakatan harapan dan parti bersatu.

(Visited 1 times, 1 visits today)

COMMENTS