PRU-15 | AMANAH bersiap sedia hadapi ketidaktentuan politik negara
PRU-15 | AMANAH bersiap sedia hadapi ketidaktentuan politik negara

PRU-15 | AMANAH bersiap sedia hadapi ketidaktentuan politik negara

Parti Amanah Negara (AMANAH) telah menggerakkan jentera pilihan raya parti tersebut bagi menghadapi segala kemungkinan rentetan dari situasi politik yang tidak stabil ketika ini.

Seramai 1,300 petugas pilihan raya parti AMANAH telah berkumpul di dewan Komplek Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, Shah Alam semalam.

Himpunan petugas-petugas pilihan raya semalam membuktikan kesiapsiagaan petugas parti tersebut bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-15.

Himpunan jentera dari seluruh negara itu dirasmikan oleh Presiden AMANAH, Tuan Haji Mohamad Sabu dan turut dihadiri oleh pimpinan utama parti AMANAH di peringkat nasional dan negeri-negeri.

“Dengan kehadiran sebegini ramai petugas dari seluruh negara membuktikan bahawa parti AMANAH dalam keadaan bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan.

“Semua negeri-negeri sudah mula menggerakkan jentera dalam keadaan bersiap sedia dan insya Allah, kita akan berusaha untuk mengembalikan mandat rakyat”, kata Pengarah Biro Pilihanraya Amanah Negeri Kedah, Dato’ Dr. Ismail Salleh.

Pengarah Biro Pilihan Raya AMANAH Kedah, YB Dato’ Dr Ismail Salleh

Perhimpunan yang bermula jam 9.00 pagi itu dimulakan dengan ucapan dari pimpinan sayap parti dan pimpinan utama yang lain.

Saudara Hasbie Muda selaku Ketua Pemuda AMANAH turut mengingatkan seluruh jentera pilihan raya AMANAH agar mengukuhkan jentera lebih-lebih lagi tenaga orang muda agar faham tujuan perjuangan AMANAH.

“Perjuangan AMANAH bukan sahaja melawan parti-parti saingan, baik dalam BN mahupun PN tetapi yang lebih penting, AMANAH berjuang memerangi kemungkaran politik yang dibawa oleh parti-parti yang membiakkan amalan politik wang, politik identiti serta pemusatan kuasa” ujar Hasbie.

Ketua Pemuda AMANAH, Saudara Hasbie Muda

Kehadiran jentera dengan berpakaian serba oren semalam secara tidak langsung berjaya membakar semangat petugas untuk bekerja bersungguh-sungguh untuk kembali mendaulatkan mandat rakyat.

“Situasi politik negara tidak menentu ketika ini dan sangat tidak stabil. Pergaduhan UMNO, Barisan Nasional (BN) dengan Perikatan Nasional (PN) membuktikan kerajaan ketika ini penuh dengan masalah, jadi AMANAH perlu bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan yang kita jangkakan,” ujar Naib Presiden AMANAH, Dato’ Wira Haji Mahfuz Haji Omar.

PRU-15 | AMANAH bersiap sedia hadapi ketidaktentuan politik negara

Dalam perhimpunan itu juga, Presiden AMANAH, Tuan Haji Mohamad Sabu turut menjelaskan justifikasi kenapa AMANAH dan Pakatan Harapan perlu menang semula pada PRU-15 nanti.

“Terlalu banyak kerosakan yang telah dibuat oleh pimpinan UMNO yang korup. Pengkhianatan mandat rakyat dari politikus gila kuasa perlu dihentikan segera. AMANAH dan Pakatan Harapan perlu menang pada PRU-15 ini bagi menyelamatkan negara Malaysia,” ujar Mohamad Sabu.

PRU-15 | AMANAH bersiap sedia hadapi ketidaktentuan politik negara

(Visited 209 times, 1 visits today)

COMMENTS