PU Riz mohon henti kongsi gambar Arwah Adibah Noor tak tutup aurat
PU Riz mohon henti kongsi gambar Arwah Adibah Noor tak tutup aurat

PU Riz mohon henti kongsi gambar Arwah Adibah Noor tak tutup aurat

Semalam, industri hiburan tanah air mengejutkan ramai dengan berita pemergian penyanyi dan pelakon, Allahyarham Adibah Noor yang menghidap kanser ovari tahap empat.

Di media sosial, ramai yang mengucapkan takziah dan mendoakan kesejahteraannya serta memuat naik foto Allahyarham.

Baca Juga: Ellie bimbang bekas suami terkena ‘love scam’

Susulan itu, pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail atau PU Riz menegur supaya tidak berkongsikan foto Allahyarham yang tidak menutup aurat.

Adibah Noor, 52, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 7.40 malam, Sabtu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas alami sesak nafas dan kanser ovari tahap empat.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Permai pada jam 11 Pagi, Ahad.

(Visited 125 times, 2 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )