
PUSAT KUARINTIN DAN RAWATAN COVID-19 DIBUKA DI MAEPS SERDANG.
Serdang -Menteri Kesihatan YB Datuk Seri Dr Adham Baba melihat persiapan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di MAEPS hari ini.
Penyediaan pusat kuarantin dan rawatan ini adalah sebahagian daripada langkah kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menghadapi kemungkinan peningkatan jumlah pesakit COVID-19.
Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 ini bakal memuatkan 600 katil keseluruhannya. Ia bertujuan menempatkan pesakit-pesakit positif COVID-19 yang tidak bergejala dan bergejala ringan.
Pada masa ini, bilangan katil sedia ada ialah sebanyak 5,292 iaitu 3,400 buah katil di hospital-hospital COVID-19 dan 1,892 buah katil di Institut Latihan KKM di seluruh negara.
(Visited 5 times, 1 visits today)