Pusat Kuarintin Kuala Muda Dibuka.
Pusat Kuarintin Kuala Muda Dibuka.

Pusat Kuarintin Kuala Muda Dibuka.

Kuala Muda – Pusat Latihan AADK Wilayah Utara dipilih untuk dijadikan pusat kuarintin bagi daerah kuala muda.

Pusat ini dipilih oleh pihak kerajaan bagi membendung dari wabak ini terus menular di daerah ini.

Pusat ini dikendalikan oleh Angkatan Pertahanan Awam Kedah negeri Kedah dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain.

Pemilihan pusat ini adalah berdasarkan fasiliti yang ada di samping kemudahan yang lengkap dan infrastruktur membolehkan pesakit dikuarintinkan dengan semaksima yang boleh.

Pusat ini telah menerima kunjungan yang pertama oleh YB Dato’ Dr Ismail Salleh, Exco Kesihatan Negeri Kedah bersama dengan YBhg Pengarah Kesihatan Negeri Kedah dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah.

Pihak APM Kedah memberikan taklimat kepada Dr Ismail mengenai gerak kerja serta langkah-langkah yang diambil untuk menguruskan pesakit yang akan dikuarintinkan di sini.

Selain APM, pihak yang terlibat adalah Pejabat Kesihatan daerah Kuala Muda, JKM Kedah, IPD Kuala Muda, Pejabat Daerah Kuala Muda, Edgenta Sdn Bhd dan Rela Kuala Muda.

Agensi yang terlibat akan menguruskan perihal tugasan yang diberikan bagi memastikan pesakit yang dikuarintinkan mendapat penjagaan yang rapi dan berjalan dengan lancar.

(Visited 1 times, 1 visits today)

COMMENTS