Rafizi bidas Najib!,Sekurang-kurangnya saya ada formula
Rafizi bidas Najib!,Sekurang-kurangnya saya ada formula

Rafizi bidas Najib!,Sekurang-kurangnya saya ada formula

Memetik laporan MalaysiaKini

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli membalas semula sindiran bekas perdana menteri Najib Razak yang menggelarkannya sebagai “raja formula songsang“, dengan berkata Umno mempunyai ramai menteri tetapi tiada formula untuk menyelesaikan isu rakyat.

Rafizi yang kembali aktif dalam politik berkata lagi, formula adalah penting kerana dari langkah itu dapat mencari cara penyelesaian terhadap sesuatu masalah.

“Paling kurang aku ada formula, ini kau ada menteri berlambak ni, satu formula pun tak ada. Otak letak dekat mana?

“Formula penting sebab apabila kita bentangkan sesuatu idea (ia perlu difahami). Umno tak faham idea, dia cuma tahu (ulang) formula sahaja,” katanya ketika pelancaran Ayuh Malaysia yang disiarkan secara langsung di Facebook.

Kempen itu antara lain mahu menarik semula minat pengundi atas pagar yang dilihat “lesu politik” untuk keluar mengundi dalam PRU akan datang.

Terdahulu, Najib secara sinis mendakwa Rafizi yang membuat kemunculan semula dalam arena politik hanya untuk membangkangnya demi kepentingan PH dan bukannya rakyat.

Ia selepas Rafizi berkata Najib kini pembangkang “de facto” selepas “merampas” keupayaan pembangkang untuk berhubung dengan rakyat dan dia kini bersedia mengambil semula inisiatif itu.

“Saya pun tak mahu inisiatif ini, kamu boleh ambil balik sebab saya tak berhasrat jadi ‘raja formula songsang’,” kata Najib.

Sementara, Rafizi berkata Ayuh Malaysia juga akan memperkenalkan aplikasi Cista yang dibangunkan bagi membolehkan setiap rakyat menjadi sukarelawan untuk berkhidmat membawa mesej perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik.

Ayuh Malaysia akan memperjuangkan lima dasar iaitu keselamatan makanan, tenaga boleh diperbaharui, pendidikan vokasional, isu rumah mampu milik dan pendemokrasian pendidikan.

Turut hadir ke majlis itu ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Tanjung Malim Chang Lih Kang, Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir, Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim, Adun Simpang Pulai Tan Kar Hing, Adun Semambu Lee Chean Chung dan bekas ahli parlimen Kapar Manivanan Gowin.

Kesemua pemimpin PKR ini disebut-sebut sebagai bakal menyertai pasukan Rafizi dalam pemilihan parti yang diadakan pada Mei ini.

Rafizi telah pun mengumumkan akan bertanding bagi jawatan timbalan presiden.

 

Turut baca juga:

Rafizi bidas Najib tentang saranan guna wang rakyat selamatkan sapura

Rafizi buat kemunculan semula dalam politik, tanding jawatan timbalan presiden PKR

‘Rafizi dialu-alukan bertanding pemilihan PKR’ – Anwar

(Visited 31 times, 1 visits today)

COMMENTS