'Rafizi dialu-alukan bertanding pemilihan PKR' - Anwar
‘Rafizi dialu-alukan bertanding pemilihan PKR’ – Anwar

‘Rafizi dialu-alukan bertanding pemilihan PKR’ – Anwar

Semua ahli PKR termasuk bekas Naib Presidennya, Rafizi Ramli mempunyai hak untuk bertanding dalam pemilihan parti tersebut pada April ini.

Menurut Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rafizi dialu-alukan untuk kembali bertanding jika beliau mahu berbuat demikian.

“Dia (Rafizi) ahli parti dan ada hak seperti mana semua ahli. Kita mengalu-alukan penyertaan dan ia harus merangkumi semua (sesiapa sahaja untuk kembali bertanding),” katanya dalam sidang akhbar di Padang Awam Kampung Lalang, Mukim Siong, Baling pada Ahad.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Kenduri Rakyat Sempena Memperingati Demonstrasi Baling dan Kebangkitan Rakyat 1974

Mengulas lanjut, jelas Anwar, setakat ini beliau masih belum mendapat sebarang maklumat bahawa Rafizi mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.

“Saya tidak ada maklumat apa lagi (Rafizi akan bertanding), terlalu awal,” jelasnya.

Difahamkan tiga nama telah disebut akan bertanding jawatan nombor dua parti tersebut pada April ini iaitu Rafizi; Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dan bekas setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.-SH

(Visited 12 times, 1 visits today)

COMMENTS