Rakyat Digalakkan Buat Ujian Saringan Sebelum Balik Kampung
Rakyat Digalakkan Buat Ujian Saringan Sebelum Balik Kampung

Rakyat Digalakkan Buat Ujian Saringan Sebelum Balik Kampung

Kerajaan tidak mewajibkan ujian saringan COVID-19 dijalankan untuk tujuan rentas negeri termasuk balik kampung.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang mahu pulang ke kampung digalakkan melakukan ujian saringan termasuk secara Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) atau Rapid Test Kit (RTK) Antigen dan secara kendiri.

Jelas beliau, tindakan tersebut adalah sebahagian daripada tanggungjawab individu dalam memastikan keselamatan ibu bapa dan keluarga.

“Tetapi seperti saya katakan, (ujian saringan) adalah tanggungjawab kita untuk melindungi keluarga kita.

“Apa salahnya untuk pastikan ibu bapa kita selamat, kita periksa dulu diri kita, sama ada selamat (bebas COVID-19). Maka, adalah digalakkan dan kita tidak katakan wajib (tetapi) untuk kepentingan keluarga, dan ibu bapa di kampung,” katanya dalam sidang media khas di sini pada Ahad.-AA

(Visited 10 times, 1 visits today)

COMMENTS