"Rakyat Dun Pengkalan Kundor akan terus disantuni" - Ismail Salleh.
“Rakyat Dun Pengkalan Kundor akan terus disantuni” – Ismail Salleh.

“Rakyat Dun Pengkalan Kundor akan terus disantuni” – Ismail Salleh.

Alor Setar – Rakyat Dun Pengkalan Kundor akan sentiasa disantuni dari semasa ke semasa.

Adun Pengkalan Kundor yang juga Mantan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Dr Ismail Salleh berkata telah menjadi rutin harian bagi seorang Wakil Rakyat untuk menyantuni masyarakat di kawasan masing-masing terutamanya di dalam Dun Pengkalan Kundor.

” Walaupun kami bukan lagi Kerajaan, tetapi amanah dan tanggungjawab kepada rakyat tetap kami laksanakan tanpa mengira penat lelah.”

Ismail berkata, bagi Dun Pengkalan Kundor, hari Isnin dan Khamis menjadi rutin wajib untuk beliau menziarahi masyarakat di kawasannya.

” Sebelum ini pun saya selalu turun ke kawasan, tetapi sekarang saya mempunyai lebih banyak masa untuk saya mendekati semua lapisan masyarakat tak kira apa bangsa dan bendera politik, akan tetap saya santuni kerana ini adalah mandat yang rakyat berikan kepada saya pada Pru yang lepas.”

Katanya lagi, Rakyat boleh menilai apa yang berlaku sekarang, politik di Malaysia khususnya di Kedah adalah sangat tidak baik untuk generasi yang akan datang.

” Rakyat melihat apa yang berlaku sekarang, terutamanya generasi muda yang memandang ianya sebagai titik permulaan kehancuran Kerajaan yang diambil menerusi ” Pintu belakang” sekaligus menjadikan rakyat sebagai boneka politik demi memenuhi kepentingan peribadi”, katanya ketika ditemubual selepas Program Santuni Rakyat Dun Pengkalan Kundor di sini.

Dato’ Ismail memberikan sumbangan kepada penduduk yang dikenal pasti oleh Pusat Khidmat Rakyat Dun Pengkalan Kundor. Sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban mereka yang memerlukan

Pada masa yang sama, Ismail memberikan khidmat nasihat kesihatan kepada penduduk yang diziarahi agar terus menjaga kesihatan, selalu mengikut arahan yang diberikan oleh Dr, dan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat di dalam kehidupan norma baharu ketika ini.

(Visited 32 times, 1 visits today)

COMMENTS