Rakyat Kedah beruntung dapat MB yang suka bergurau
Rakyat Kedah beruntung dapat MB yang suka bergurau

Rakyat Kedah beruntung dapat MB yang suka bergurau

Rakyat di negeri Kedah sangat beruntung apabila mendapat seorang Menteri Besar yang sangat suka bergurau. Siapa yang tidak mengenali watak kelakar Menteri Besar itu yang sentiasa tersenyum dan tergelak ketika berhadapan dengan wartawan. YAB Muhammad Sanusi Md Nor kerap kali mengundang gelak tawa para wartawan ketika sesi soal jawab ataupun sidang media yang dijalankan.

Watak YAB Menteri Besar mula ditularkan oleh warganet dan menjadi fenomena baru di negeri Kedah ini. Video yang dimuat naik berkaitan dengan MB Kedah itu mendapat ribuan tontonan di media sosial. Terdahulu Sanusi menjadi tular apabila satu klip video beliau menjawab panggilan telefon di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Kota Setar. Gurauan beliau dengan pemanggil mencetuskan gelak tawa kesemua staff yang ada pada ketika itu.

 

Terbaru Sanusi sekali lagi menceriakan rakyat negeri Kedah dan para wartawan yang hadir apabila sekali lagi ketawa ketika sidang akhbar pengumuman penjenamaan semula Kedah FA kepada Darulaman Football Club (DFC). Video sidang media tersebut menjadi tular apabila kata-kata terakhir dari Sanusi “saya yang pilih” menjadi frasa kelakar yang kini digunakan oleh ramai orang di media sosial.

Sikap MB Kedah yang suka bergurau itu sedikit sebanyak dapat menceriakan rakyat Kedah yang kini berada dalam keadaan takut dan risau dengan jumlah kanaikkan mendadak kes jangkitan COVID-19 di negeri ini. Apa pun, tahniah kepada MB Kedah yang baharu kerana sentiasa ceria dan mengukir gelak tawa buat rakyat di negeri ini.

(Visited 40 times, 1 visits today)

COMMENTS