Rakyat Malaysia semakin kurang gunakan aplikasi MySejahtera
Rakyat Malaysia semakin kurang gunakan aplikasi MySejahtera

Rakyat Malaysia semakin kurang gunakan aplikasi MySejahtera

Rakyat Malaysia semakin kurang gunakan aplikasi MySejahtera dengan penurunan secara mendadak penggunaan aplikasi itu sekitar 30 peratus atau bersamaan dengan 8.6 juta pengguna sejak akhir bulan lalu.

Trend penurunan mula dicatatkan berlaku sejak 25 Mac lalu iaitu sehari selepas pembentangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di Parlimen yang menimbulkan banyak persoalan berikutan hak pemilikan aplikasi itu telah bertukar milik.

Keselamatan data pengguna aplikasi MySejahtera itu mula dipertikaikan serta ketelusan pembangunan aplikasi tersebut mula diragui.

ARTIKEL BERKAITAN : Fungsi pengesanan MySejahtera tidak akan digunakan lagi – Kerajaan

Sebelum ini GitHub Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan purata daftar masuk aplikasi MySejahtera di seluruh negara bagi tempoh tujuh hari mencatatkan penurunan drastik sekitar 19.3 juta pengguna pada 11 April berbanding 27.9 juta daftar masuk pada 25 Mac 2022.

Rakyat Malaysia semakin kurang gunakan aplikasi MySejahtera

Penurunan itu direkodkan di semua negeri di Malaysia dengan kadar penurunan yang direkodkan diantara 26 hingga 49 peratus.

Tiga negeri yang mencatatkan penururan tertinggi iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang manakala Putrajaya, Sabah dan Kedah masing-masing ditangga ke empat hingga enam.

11 negeri merekodkan tahap penurunan penggunaan aplikasi MySejahtera melebihi 30 peratus, iaitu jumlah purata penurunan di seluruh negara.

PAC sebelum ini membuat pendedahan mengejutkan apabila memaklumkan aplikasi MySejahtera yang bertujuan merekod pergerakan rakyat negara ini bagi tujuan pemantaun bagi memudahkan proses pengesanan kontak rapat Covid-19 dibangunkan tanpa apa-apa kontrak antara kerajaan dengan syarikat pembuat aplikasi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN : Gempar!! Aplikasi mysejahtera milik syarikat swasta?

Jawatankuasa itu juga turut mempersoalkan tindakan pengambilalihan aplikasi MySejahtera oleh MySJ Sdn Bhd daripada KPISoft yang dikenali sebagai Entomo Malaysia.

Tutut dilaporkan, Kabinet Malaysia telah memberikan ‘lampu hijau’ kepada KKM pada November tahun lalu untuk melantik MySJ untuk mengambil alih aplikasi itu menerusi rundingan terus.

(Visited 143 times, 1 visits today)

COMMENTS