Rakyat menderita, Politikus peduli apa?

Rakyat menderita, Politikus peduli apa?

Nampaknya ketika ini protes rakyat dikatakan sudah sampai ke Putrajaya selepas tular beberapa keping gambar yang memaparkan kain rentang tertulis ‘rakyat menderita politikus peduli apa?’.

Kain rentang yang berwarna hitam dengan tulisan putih itu dilihat dipegang tiga individu yang memakai topeng dan bergambar di hadapan bangunan Putrajaya.

Gambar lain, kain rentang yang sama diletak di hadapan bangunan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,

Susulan itu, di Twitter, beberapa pengguna mula melancarkan tanda pagar ‘Jangan Undi PN PRU 15’.

“Negara demokrasi tapi nak bersuara kena pakai topeng. Ye la kang (nanti) esok lusa polis buka kertas siasatan,” kata warganet.

Menurut mereka, kesemua gambar protes berkenaan yang turut diambil di hadapan bangunan Pejabat Perdana Menteri, mempunyai simbolik seperti isu tidak melanjutkan moratorium dan tuntutan one-off RM10,000 yang gagal diberikan.

Memetik laman Facebook Sentul Times, tunjuk perasaan di hadapan bangunan MOF pula disebabkan Menteri Kewangan yang seolah-olah menjadi wakil kepada pihak bank dan bukan wakil kepada rakyat.

Manakala di hadapan bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ianya dipercayai berhubung isu penutupan sekolah sehingga Januari depan, dan pengusaha kantin gulung tikar selain kerugian dialami pengusaha bas.

“Depan Kementerian KPWKM: Kebajikan Rakyat tidak dijaga dan M40 di abaikan,” kata laman FB berkenaan yang memetik dari Twitter.

Bagaimanapun di Facebook, rata-rata pengguna media sosial meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan terhadap individu-individu yang melancarkan protes berkenaan.

BACA ARTIKEL PENUH

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )