Ramai bengang BKM tak lulus,Rupanya sebab status pelajar?
Ramai bengang BKM tak lulus,Rupanya sebab status pelajar?

Ramai bengang BKM tak lulus,Rupanya sebab status pelajar?

Sejak pagi semalam, kecoh isu status permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang dikatakan boleh mula disemak pada hari isnin 28 mac 2022.

Bayaran Fasa 1 yang bermula hari isnin 28 mac 2022 itu boleh mula disemak melalui portal rasmi MyBKM. Bagi bayaran kategori bujang, mereka akan menerima bantuan sejumlah RM350 secara keseluruhannya.

SungguhPun begitu, ramai yang telah meluahkan rasa bengang dengan keputusan permohonan mereka kerana rata-rata kebanyakannya tidak lulus. Disebabkan hal itu, ramai yang mempersoal sebab permohonan mereka ditolak.

Image From Ios 97

Oleh sebab hal ini telah hangat diperkatakan di media sosial, satu perkongsian berkaitan isu ini telah pun dimuat naik dan didakwa sedikit sebanyak menjawab persoalan orang ramai.

 

Menurut pemilik akaun Twitter @khrlazmiii ini, dia telahpun menghubungi bahagian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi bertanyakan tentang isu ini dan jawapan yang diberikan oleh pihak LHDN adalah disebabkan oleh status ‘pelajar’ yang dipegang oleh para pemohon.

“Sekiranya dorang detect korang student, so automatic akan gagal and tidak lulus”

Tambahnya lagi, sekiranya pihak LHDN dapat mengenal pasti data pemohon (nombor kad pengenalan) berada di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), maka permohonan tersebut secara automatik tidak lulus kerana pelajar tidak layak memohon bagi sesi kali ini.

Di samping itu, ada juga yang berspekulasi bahawa akan ada insentif lain yang akan diberikan kepada para pelajar.

Sama-sama lah kita tunggu ya…

 

 

 

(Visited 98 times, 1 visits today)

COMMENTS