REMAJA PERLU DIPERKASAKAN - Dr. Ismail Salleh
REMAJA PERLU DIPERKASAKAN – Dr. Ismail Salleh

REMAJA PERLU DIPERKASAKAN – Dr. Ismail Salleh

Pantai Merdeka – Kem Remaja Kampung Kuala Kangkong telah diberakhir pada hari ini.

Adun Pengkalan Kundor, YB Dato Dr Ismail Salleh telah meluangkan masa merasmikan majlis penutup dan memberikan kata-kata semangat kepada remaja di sini.

Kem ini berlangsung selama dua hari dari 14 hingga 16 March 2020 di Pantai Merdeka Beach Resort. Ianya dihadiri oleh seramai 50 peserta yang berumur 12 hingga 15 tahun dari sekolah rendah dan menengah di sekitar Kampung Kuala Kangkong.

Objektif kem ini ialah untuk memberi motivasi dan membina kemenjadian diri para pelajar.

” Saya bersyukur kerana dapat mengikuti kem ini yang banyak memberi pendedahan kepada saya dalam usaha untuk membina kemenjadian diri saya”.

” Saya akan terus berusaha untuk membina sakhsiah dan keperibadian saya untuk menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat”, ujar salah seorang dari peserta tersebut.

Sementara itu YB Dato Dr Ismail telah mengingatkan mereka agar lebih bersungguh-sungguh dan fokus dalam pelajaran dan ko-kurikulum supaya mereka akan berjaya untuk bersaing di alam pekerjaan nanti.

Di samping itu beliau mengingatkan kepada para peserta supaya meningkatkan jati diri supaya dapat menjadi contoh kepada remaja lain dan menjadi ikon di sekolah mahupun di peringkat kampung”.

” Saya juga berharap agar peserta yang datang hari ini menjadi insan yang berguna kepada Agama, Bangsa, Negara dalam mendepani cabaran yang pesat membangun di masa ini.” katanya selepas merasmikan penutup Kem Remaja Dun Pengkalan Kundor di Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka di sini.

(Visited 2 times, 1 visits today)

COMMENTS