Rentas negeri akan dibenarkan beberapa hari lagi
Rentas negeri akan dibenarkan beberapa hari lagi

Rentas negeri akan dibenarkan beberapa hari lagi

TAN Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan orang ramai agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila aktiviti rentas negeri dibenarkan tidak lama lagi.

DG Hisham Denies Delay In Approving Covid-19 Vaccines - CodeBlue

Menerusi ciapan di laman Twitter Ketua Pengarah Kesihatan itu, beliau memaklumkan bahawa larangan rentas negeri akan ditarik semula dalam masa beberapa hari lagi.

Sehubungan itu, beliau memberi peringatan supaya semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19.

“Adalah penting untuk mengambil semua langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka, mencuci tangan dan penjarakkan fizikal meskipun mereka telah divaksinasi.

“Lakukan ujian kendiri air liur RTK secara berkala bagi menjaga keselamatan orang tersayang dan keluarga,” tulis beliau di laman Twitter, awal pagi Khamis.

Kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan rakyat merentas negeri setelah 90 peratus daripada populasi dewasa telah divaksin dan setakat Rabu, angka tersebut mencecah 88.8 peratus.

KJ minta UMNO bergerak ke hadapan | Astro Awani

Pada Rabu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meminta mereka yang mempunyai perancangan pulang ke kampung untuk melakukan ujian Covid-19 sebelum menziarah ahli keluarga.

“(Hanya) 1.6% sebelum sempadan antara negeri dibuka. Walaupun Kementerian Kesihatan telah beralih ke ujian simptomatik, kami menggalakkan mereka yang bergerak dan berhubung dengan orang ramai untuk melakukan ujian secara berkala.

“Sekiranya anda ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa yang sudah tua, lakukan ujian air liur RTK. Pastikan mereka selamat,” tulis Khairy di laman twitter.

Beliau juga berkata, kini adalah masa untuk setiap orang bertanggungjawab ke atas diri sendiri.

“Ketika kita beralih ke fasa endemik, kami tidak dapat melakukan pengawasan lagi, seperti membuat sekatan jalan untuk memeriksa sama ada anda telah divaksinasi atau diuji sepenuhnya.

“Sekarang ia banyak bergantung kepada tanggungjawab dan tingkah laku peribadi. Saya yakin kita dapat menghadapi cabaran dalam #ReopeningSafely,” katanya. —MStar

(Visited 4 times, 1 visits today)

COMMENTS