Resepi Somtam Betik Muda & Mangga
Resepi Somtam Betik Muda & Mangga

Resepi Somtam Betik Muda & Mangga

Sedapnya Somtam Betik Muda & Mangga ni. Rangup dan segar! Kombinasi rasa manis, masam, masin dan pedas yang cukup menyelerakan. Bukan itu sahaja, buah betik muda serta mangga juga kaya dengan khasiat yang tersendiri. Betik kaya dengan anti oksida, baik untuk kesihatan jantung dan menghalang kerosakan kulit. Manakala mangga pula mengandungi nutrisi yang dapat meningkatkan imunisasi tubuh dan membantu penyerapan zat besi.
 
Oh ya, jika anda nak tahu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah memperkenalkan menu sihat yang mengandungi pelbagai khasiat buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan melalui program MAFI Prihatin Meal. Jom sokong produk tempatan kita.
 
SOMTAM BETIK MUDA & MANGGA
 
BAHAN-BAHAN:
½ biji betik muda | dihiris memanjang
1 biji mangga muda | dihiris memanjang
½ batang lobak merah | dipotong memanjang
3 batang kacang panjang | dipotong seinci panjang
1 biji tomato | dibelah 4-6
 
BAHAN SOS:
1 biji bawang putih | ditumbuk
2-6 biji cili padi | ditumbuk
2 sudu makan udang kering | tumbuk kasar
2 sudu makan kacang goreng | tumbuk kasar
3 sudu besar jus limau nipis
3 sudu makan sos ikan
3 sudu makan gula kabung Thai
 
Cara membuat boleh lihat di dalam video. Selamat mencuba!

(Visited 105 times, 1 visits today)

COMMENTS