Respon Terkini Rizal ghazali setelah 'menyepi'
Respon Terkini Rizal ghazali setelah ‘menyepi’

Respon Terkini Rizal ghazali setelah ‘menyepi’

SEKIAN lama membisu selepas isu kemelut menolak panggilan menyertai skuad kebangsaan, pemain pertahanan Sabah FC, Rizal Ghazali akhirnya bagi ‘hint’ menerusi media sosial.

Menerusi satu status di akaun Instagram miliknya, Rizal memuat naik gambar ayahnya yang kini sedang dirawat di hospital.

“Semoga sihat seperti biasa, jauh mana pun tetap anak mu berdoa, amin. #ayah,” tulisnya pada kapsyen gambar itu.

Di samping itu, peminat di ruangan komen juga mendakwa bahawa faktor kesihatan ayahnya yang mungkin menyebabkan dia menolak panggilan untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.

Terdahulu, Rizal yang sepatutnya menggantikan tempat Syahmi Safari, membuat keputusan untuk menolak panggilan menyertai kem latihan skuad Harimau Malaya tanpa memberi sebarang alasan.

‚ÄúPerancangan asal kami ialah menggantikan Syahmi dengan seorang pemain pada posisi yang sama, iaitu bek kanan tetapi pemain Sabah, Rizal Ghazali menolak pelawaan,” kata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini.

Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, pihaknya mengambil pendekatan tunggu dan lihat susulan tindakan Rizal menolak pelawaan menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya.

(Visited 70 times, 1 visits today)

COMMENTS